Anggota polis Zionis dan pendatang Yahudi mati, 5 cedera ditembak di al-Quds

AL-QUDS, 9 Okt 2016 (PIC) — Seorang anggota polis Zionis dan seorang pendatang Yahudi mati manakala lima yang yang lain cedera ditembak berdekatan sebuah stesen polis di stesen keretapi ringan Ammunition Hill di kota al-Quds pagi tadi.

Pemuda Palestin Mishbah Abu Shabih, 39, dilapor melepaskan tembakan menggunakan senjata MK16 dan gnenad tangan dari dalam kereta yang dipandunya, dan kemudian terus memandu serta menyerang dua pendatang Yahudi yang sedang memandu di kawasan tersebut.

Terdahulu, Mishbah menembak empat orang askar Zionis di sebuah lokasi di antara stesen keretapi ringan French Hill dan Shimon HaTzadik di kota al-Quds.

Selepas kejadian di Ammunition Hill, Mishbah terus memandu menuju ke kawasan Sheikh Jarrah sebelum menghentikan kenderaan beliau dan melepaskan tembakan ke arah pasukan khas polis Zionis, Yusam, yang mengejar beliau dengan motorsikal.

Dua anggota polis cedera dalam insiden tembak menembak tersebut, dan mana salah seorang daripadanya cedera parah dan disahkan mati tidak lama kemudian.

Mishbah kemudian ditembak mati oleh polis sempadan Zionis.

Menteri Keselamatan Zionis, Gilad Erdan, yang hadir ke tempat kejadian mendakwa pihaknya tidak mendapat sebarang tanda-tanda awal serangan tersebut, dan menyalahkan Facebook serta media sosial sebagai bertanggungjawab mencetus serangan seperti itu. Menurut beliau, Facebook membuka semula laman Facebook Hamas tiga minggu lalu setelah mendapat tekanan dari penduduk Paletin.

Seramai 250 penduduk Palestin ditangkap sejak Oktober 2015 atas tuduhan menghasut melalui laman Facebook. Sebahagian mereka dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan mahupun pengadilan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts