Angka Korban Keganasan Zionis Melepasi Tragedi Peperangan 2008

terkiniGAZA, 1 Ogos 2014 (Maan) — Angka korban keganasan tentera Zionis ke atas penduduk Gaza sejak 24 hari lalu kini melepasi apa yang telah berlaku dalam Peperangan Al-Furqan (Operation Cast Lead) pada tahun 2008-2009.

Sehingga semalam, seramai 1,437 penduduk Gaza telah terkorban dan 8,265 yang lain tercedera. Sedangkan dalam peperangan selama 22 hari dari akhir tahun 2008 hingga awal 2009, seramai 1,417 terkorban dan 5,303 tercedera.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, 23 peratus daripada mereka yang terkorban kali ini adalah kanak-kanak, 12 peratus wanita dan 60 orang warga emas. Daripada mereka yang tercedera pula, 30 peratus adalah kanak-kanak, 20 peratus wanita dan empat peratus warga emas.

Sebanyak 29 buah pusat perubatan, termasuk 13 buah hospital, turut menjadi sasaran serangan tentera Zionis.

Dalam keganasan terbaharu, tentera udara Zionis telah menyerang rumah keluarga al-Bayoumi di kem pelarian Nusairat, mengorbankan 11 nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 45 orang yang lain.

Sungguhpun angka korban penduduk awam terus meningkat, rejim Zionis tidak menunjukkan sebarang tanda atau usaha untuk mengakhiri keganasan mereka. Perdana menterinya, Benjamin Netanyahu, menegaskan untuk tidak menerima sebarang gencatan senjata yang menuntut tenteranya keluar dari wilayah Gaza. Bahkan Amerika terus membantu tentera Zionis dengan bekalan peluru dan kelengkapan perang baharu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts