Antara Rabbi Ovadia dan rundingan damai

Setelah masyarakat dunia yang cintakan kedamaian mengecam kata-kata yang diucapkan oleh Rabbi Ovadia Yosef supaya pemimpin Otoriti Palestin bersama-sama seluruh rakyat Palestin dinyahkan dari atas mukabumi, Perdana Menteri rejim pengganas Zionis Israel tidak semena-mena membuat penafian keterlibatan beliau dalam komentari busuk dan berbau perkauman itu. Menjelang rundingan damai yang akan diadakan di Washington pada 2hb September ini, Rabbi Ovadia yang merupakan ketua agama parti Shah iaitu sebuah parti politik koalisi pemerintahan Israel, membantah usaha perbincangan damai itu dengan alasan ianya akan menyekat usaha perluasan penempatan haram Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin.

Pejabat Perdana Menteri Zionis Israel mengeluarkan satu kenyataan media yang berbunyi, “komentar itu tidak mencerminkan sikap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mahupun sikap pemerintah Israel”. Kenyataan itu menambah bahawa rejim Zionis mengharapkan untuk mencapai perjanjian damai dengan Palestin bagi menjamin hubungan kejiranan yang baik.

Sementara itu Amerika turut mengutuk komentar Rabbi Ovadia. Jurucakap Jabatan Luar Negara, Joseph Crowley, membuat kenyataan di Washington bahawa komentar itu bukan sahaja agresif, malahan menghasut dengan cara mengancam perdamaian di wilayah berkenaan.

Tidak ubah seperti mengikut langkah yang diambil oleh pentadbiran rejim Zionis, Crowley turut menekankan bahawa kenyataan itu tidak mencerminkan sikap Netanyahu yang kini sedang bersiap-sedia untuk kembali ke meja rundingan dengan pemimpin Otoriti Palestin, Mahmoud Abbas, di bawah tajaan Amerika, negara sekutu utama Israel. (mn/AlJazeera)

Ovadia bersama bekas Perdana Menteri Israel dari Parti Buruh, Ehud Barak
Ovadia bersama bekas Perdana Menteri Israel dari Parti Buruh, Ehud Barak

 

Ovaria bersama bekas Perdana Menteri Israel dari Parti Likud, Ariel Sharon
Ovaria bersama bekas Perdana Menteri Israel dari Parti Likud, Ariel Sharon

 

Ovaria bersama Perdana Menteri Israel Banjamin Netanyahu dan Menteri Dalam Negeri Israel, Aryeh Deri
Ovaria bersama Perdana Menteri Israel Banjamin Netanyahu dan Menteri Dalam Negeri Israel, Aryeh Deri
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts