Arab Bersatu di PBB Menentang Penempatan Haram Israel

RAMALLAH, 2 Jan 2011 – Barisan pegawai pegawai Palestin yang disokong oleh negara-negara Arab yang lain akan menyediakan sebuah resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB bagi mengesa Israel untuk menghentikan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin dan Baitulmuqaddis, jurucakap Palestin mengatakannya Khamis lalu.

“Kami akan bentangkan resolusi ini ke Majlis Keselamatan PBB dalam beberapa hari lagi untuk menghentikan penempatan haram Israel di wilayah Palestin, khususnya Jurusalem, ibukota negara Palestin, di mana situasinya amat kritikal untuk semua rakyat Palestin dan Arab,” kata Nabil Abu Rudeina, jurucakap Presiden Mahmoud Abbas.

“Kami akan bentangkan resolusi Palestin dan Arab ini,” katanya kepada AFP dari Brazil ketika menyambut Abbas dalam satu lawatan rasmi.

Setelah kegagalan perundingan damai antara Israel dan Palestin bagi menghalang penempatan haram Israel, Liga Arab mengumumkan pada 15 Disember lalu bahawa mereka akan berusaha mencari resolusi untuk dibentangkan kepada Majlis Keselamatan PBB berhubung dengan jenayah Israel bagi menamatkan pembinaan penempatan haram Yahudi.

Resolusi ini dijangka akan dibentangkan di persidangan PBB pada Januari ini setelah tiba giliran Bosnia mengambil alih kerusi presiden Majlis Keselamatan PBB daripada Amerika Syarikat.

Perundingan terus antara Israel dan Palestin yang diadakan pada 2 September lalu ditangguhkan tiga minggu kemudian setelah moratorium Israel untuk menghentikan pembinaan penempatan haram tamat dan Israel menolak untuk memperbaharuinya. (mna/afp)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts