Arab Saudi akan beli gas asli dari rejim Zionis

BAITULMAQDIS, 1 Ogos 2019 — Arab Saudi berunding untuk membeli gas asli dari rejim Zionis, dengan membina saliran paip yang menghubungkan negara Arab itu dengan kota Eliat di Teluk Aqaba, selatan Wilayah Palestin Yang Terjajah.

Bekas Menteri Komunikasi Zionis, Ayoob Kara, dalam temubual di sini mendedahkan bahawa rundingan tersebut bakal membawa manfaat kepada kedua-dua rejim. Ahli politik keturunan Druz itu merupakan bekas penasihat kanan Netanyahu bagi hal ehwal negara Arab, dan telah beberapa kali berkunjung ke Negara-negara Teluk secara terbuka.

Sumber gas asli yang sangat besar ditemui di Laut Mediterranean sejak 10 tahun lalu, di mana syarikat-syarikat industri minyak dan gas telah menandatangani kontrak bernilai US$25 bilion. Namun baki 80% daripada sumber tersebut masih terbuka kepada pembeli-pembeli lain.

Rundingan ini bukanlah kerjasama dagangan yang pertama di antara rejim Zioni dan Arab Saudi. Sebelum ini, Arab Saudi membeli produk ketenteraan Zionis, termasuk sistem “syber spyware” untuk menjejak aktiviti penduduknya, serta sistem pertahanan Iron Dome.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, pegawai-pegawai Arab Saudi dan Kesatuan Arab Emirat telah mengadakan sebilangan rundingan dan lawatan rahsia ke negara haram Zionis.

Februari lalu, bekas Ketua Perisikan Arab Saudi, Turki Al-Faisal, mendedahkan bahawa hubungan rahsia antara rejim Zionis dan negara-negara Teuk telah bermula sejak 25 tahun lalu.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts