Askar Israel lebih rela dipenjara daripada menyertai operasi di Gaza

army-refuse12 Jan 2009. Bethlehem – Ma’an – Buat pertama kali sejak Israel melancarkan serangan udara, laut dan darat secara besar-besaran ke atas Genting Gaza, sekurang-kurangnya 10 orang askar memilih untuk dipenjarakan daripada menyertai ketumbukan mereka.

Atas alasan “rasa bersalah,” mereka enggan mematuhi kerahan untuk menuju ke Genting Gaza, dan lebih sanggup menerima hukuman penjara selama 14 hari dan kritikan hangat dari rakan dalam tentera dan masyarakat seluruhnya.

Sekurang-kurangnya 10 orang sedang menunggu untuk dibicarakan kerana enggan mematuhi perintah, menekankan bahawa mereka tidak dapat menerima hakikat untuk mematuhi kerahan bersama tentera.

No’em Levna, seorang leftenan dalam tentera Israel yang enggan bertugas ke Gaza, berkata, “Kita bunuh 900 rakyat Palestin dalam masa 17 hari, termasuk ratusan kanak-kanak.”

“Sekiranya keganasan perlu digunakan, ia harus digunakan pada kadar minima, dan bukan itu yang berlaku,” tambah beliau. “Membunuh orang awam yang tidak bersalah tidak boleh diterima. Tidak ada-apa sekalipun yang dapat dijadikan alasan terhadap pembunuhan seperti ini. Ini adalah kejahatan yang sangat teruk.”

“Ianya adalah satu keangkuhan yang hanya berdasarkan kepada logik. Ada dikatakan, ‘sekiranya kita pukul lebih lagi, semuanya okay,'” katanya lagi. “Tetapi kebencian dan kemarahan yang kita tanam di Gaza akan memantul kepada kita.”

Sumber: Israel Sosial TV

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts