Askar Israel Telah Menangkap 65 Warga Palestin Daerah al-Khalil Pada Bulan April

Pasukan Pendudukan Israel (IOF) telah menangkap 65 orang warga Palestin di daerah Al-Khalil pada April sahaja termasuk seorang ibu dari empat orang kanak-kanak, demikian dilaporkan oleh Persatuan Tawanan Palestin (PPA).

PPA mengatakan dalam laporan bulanan yang diterbitkan pada hari Isnin lalu bahawa tentera IOF menggunakan anjing polis dalam serangan mereka di rumah Al-Khalil untuk menakutkan  penduduk dan menyerang sejumlah besar dari para tahanan.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa penangkapan itu juga termasuk tiga penduduk yang menderita akibat penyakit ginjal, jantung, dan penyakit asma.

Dilaporkan juga bahawa seorang wanita Palestin berusia 48 tahun ijuga ditahan selama dua hari untuk memberi tekanan kepada anak lelakinya agar menyerah diri kepada IOF.

Pasukan IOF juga menangkap dua orang kanak-kanak dan memindahkan sembilan orang dari tahanan tersebut ke pusat-pusat siasatan di Askalan dan Maskobeh.

Sementara itu, radio Israel melaporkan pada hari Isnin (3/5) bahawa unit IOF pada malam tersebut telah berjaya menangkap empat warga Palestin di kampung Beit Ummar di Al-Khalil kerana disyaki membaling batu beberapa kali sejak dua minggu lalu di pemukiman mereka.

Tentera Israel juga dilaporkan telah menahan 5 orang warga Palestin di daerah Qalqilia, Ramallah dan Bethlehem. (PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts