Askar Zionis Bunuh Lelaki Qalquiliya

Seorang warga Palestin cedera parah manakala seorang lagi ditembak mati oleh askar pengganas Zionis Israel di jalan masuk ke kediaman Burqan berdekatan perkampungan Haris di daerah Salfit di Tebing Barat pada awal pagi Khamis, 21 Julai. Menurut laporan Ma’an News Agency, askar-askar Zionis mula menembak ke arah lelaki-lelaki Palestin tersebut pada jam 4:30 pagi.

Pihak berkuasa Zionis Israel enggan menyerahkan mayat pemuda yang terkorban kerana tidak mempunyai pengenalan diri. Mangsa tersebut dikenali sebagai Bilal Abu Libdah, 25 tahun, berasal dari Qalquilia.

Tentera Zionis mendakwa bahawa mereka menyangkakan mangsa-mangsa tersebut cuba menyeludup masuk ke kediaman Burqan. Israel walaubagaimanapun tidak dapat menyebut berapa ramai yang terlibat, malahan tidak dapat memastikan samada mereka lelaki-lelaki Palestin tersebut benar-benar memiliki senjata.

Menurut tentera Zionis lagi, Brigadier Jeneral Yoav Mordechai telah mengarahkan pegawai-pegawai keselamatan Palestin supaya menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut secara bersama. Bagaimanapun, pihak berkuasa Palestin mengambil langkah mengutuk pembunuhan tersebut dan mendesak askar Zionis yang terlibat supaya bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku. Jurucakap pihak berkuasa Palestin, Ghassan Khatib menyebut tidakan ganas askar-askar Zionis itu sebagai suatu yang melanggar undang-undang dan tidak berasas sama sekali. “Amalan tentera Israel adalah supaya menembak terlebih dahulu, kemudian baru soal. Itu sudah menjadi kebiasaan mereka”, kata Khatib melalui kenyataan rasmi beliau.

Menurut laporan media Israel, YNet, seorang askar Israel yang sedang berkawal di tempat kejadian telah melihat beberapa orang lelaki cuba memasuki kediaman tersebut, dan menyangkakan mereka cuba masuk untuk mencuri. Askar-askar Israel cuba memberi amaran kepada lelaki-lelaki tersebut dan terus menembak kerana menyangkakan mereka membawa senjata. Laporan YNet juga mengesahkan bahawa siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata.

[mn/Maan/YNet]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts