Askar Zionis Diculik

culik-1GAZA, 21 Jul 2014 (Maan | IMEMC | PNN) — Briged al-Qassam malam tadi berjaya menculik seorang askar Zionis, Shaul Aron. Penculikan ini merupakan kes yang pertama sejak Gilad Shalit ditangkap pada tahun 2006.

Penangkapan itu diumumkan selepas tentera Zionis mengesahkan 18 orang askar mereka terbunuh sejak serangan darat dilakukan. Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Obeida, mengumumkan Shaul Aron di tangkap di timur Gaza ketika tentera Zionis menyerang kejiranan Shujaiyya di mana 14 askar Zionis terbunuh dan lebih 50 yang lain tercedera.

Rejim Zionis sangat bimbang dengan kes penculikan askar mereka kerana ia mungkin akan dijadikan tebusan bagi membebaskan tahanan Palestin di dalam penjara ZIonis. Lebih 6,00 orang rakyat Palestin masih ditahan sehingga kini. Ratusan daripadanya berhadapan dengan tahanan pentabdiran di mana mereka ditahan tanpa sebarang pengadilan untuk tempoh yang tidak ditetapkan.

Dalam kes penangkapan Gilad Shalit pada tahun 2006, beliau hanya dibebaskan pada tahun 2011 setelah rejim Zionis bersetuju membebaskan lebih 1,000 tahanan Palestin. Namun sejak bulan Jun lalu, rejim Zionis menangkap semula puluhan daripada mereka yang dibebaskan itu atas alasan mencari dalang yang membunuh tiga peneroka Yahudi di Hebron.

culik-2

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts