Askar Zionis, pendatang Yahudi mati ditembak di Salfit

SALFIT, 17 Mac 2019 — Seorang askar Zionis dan seorang pendatang Yahudi maut, manakala dua yang lain cedera parah, ditembak berdekatan kawasan penempatan haram Ariel di kota Salfit, utara Tebing Barat, pagi tadi.

Seorang pemuda Palestin dikatakan menikam seorang askar sebelum merampas senjatanya, kemudian menembak askar tersebut sebelum melepaskan tembakan ke arah pendatang Yahudi dan kenderaan yang melalui kawasan kejadian.

Penyerang juga dilaporkan merampas sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang askar Zionis selepas menembak pemandu tersebut. Beliau memandu kenderaan itu ke persimpangan Gitai Avishar dan kemudian melepaskan tembakan dari dalam kereta, mencederakan seorang askar dan seorang pendatang Yahudi.

Pertempuran berlaku di antara penyerang dan tentera Zionis di kawasan industri Barkan, utara Tebing Barat, menyebabkan beberapa lagi anggota tentera cedera.

Penyerang kemudian meninggalkan kenderaan dan berjaya lolos ke arah perkampungan Barkan.

Tentera Zionis bertindak menutup semua laluan masuk ke Barkan dan kawasan penempatan-penempatan haram berdekatan. Mereka turut menutup kota Salfit dan perkampungan sekitarnya, menghalang penduduk ke tempat kerja atau melakukan tugasan harian.

Tentera Zionis dilapor menggunakan protokol “Pressure Cooker”, yang melibatkan kenderaan berat tentera, pasukan elit dari unit Oketz K9, dron dan heikopter dalam operasi memburu suspek. Protokol tersebut turut membenarkan bangunan dimusnahkan sekiranya suspek disyaki berlindung di dalamnya.

(PIC, IMEMC, Maan, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts