Askar Zionis Terbunuh Dalam Serangan Roket

matiAL-QUDS, 16 Jul 2014 (Ma’an | AFP) — Seorang askar Zionis maut dan seorang yang lain tercedera dalam serangan roket yang dilancarkan dari Gaza semalam, lapor tentera Zionis.

Kematian itu merupakan kes pertama sejak berlakunya serangan tentera Zionis ke atas Gaza dan serangan balas pejuang Palestin ke wilayah negara haram itu. Askar berumur 38 tahun itu, Dror Hanin, dikatakan tercedera parah berdekatan pintu lintasan Gaza di Erez. Beliau berasal dari kawasan penempatan Beit Aryeh di Tebing Barat.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Zionis dalam kenyataannya menyatakan bahawa askar tersebut sedang berkhidmat menghantar makanan kepada tentera Zionis ketika kejadian serangan itu berlaku.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts