Bangunan di Sheikh Jarrah akan diserahkan kepada pendatang Yahudi

AL-QUDS, 20 Mei 2016 (Silwanic) — Mahkamah Majistret Zionis baru-baru ini mengeluarkan arahan supaya beberapa buah bangunan milik keluarga Kiswani di kejiranan Sheikh Jarrah dikosongkan, atas alasan ianya telah menjadi milik “penjaga harta awam.”

Menurut keputusan mahkamah tersebut, pihak berkuasa rejim mendakwa bangunan tersebut telah dibeli oleh keluarga Yahudi “Rika” pada tahun 1930-an setelah berhijrah dari Syria. Mereka bagaimanapun meninggalkan bangunan tersebut pada tahun 1948.

Pemilik bangunan, Hussein Kiswani, menjelaskan bahawa tanah seluas 250 meter persegi itu menjadi tapak kepada tiga buah apartmen kediaman, sebuah sekolah yang dinamakan Omega, dan sebuah kedai kopi. Keluarganya menerima notis mengosongkan bangunan dua hari lalu, di mana mereka diberi tempoh sehingga 10 Julai.

Menurut kenyataan mahkamah, keluarga Rika telah melepaskan harta mereka dari “penjaga harta yang ditinggalkan” pada tahun 1990-an dan menjualkannya kepada syarikat “Shabali” yang dimiliki oleh seorang pelabur Yahudi pada tahun 2008. Sedangkan penduduk Palestin sudah tinggal di situ sejak tahun 1967 dan telah membayar cukai kepada pihak berwajib Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts