Bangunan sekolah rendah diroboh 2 hari sebelum dibuka

AL-KHALIL, 5 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi meroboh bangunan sekolah rendah di perkampungan Simiya di utara bandar al-Samou’, selatan al-Khalil, hanya dua hari sebelum ia dibuka.

Sekolah “al-Tahadi 13” itu diroboh tanpa sebarang amaran, selepas rejim Zionis mengisyhtihar kawasan tersebut sebagai zon larangan tentera dan melarang penduduk masuk. Tentera turut merampas penjana elektrik, tangki air minum dan beberapa peralatan lain.

Sekolah yang mengadungi tujuh bilik darjah itu dibina oleh Kementerian Pendidikan dengan kos €40,000.

Ia dirancang untuk memberi pendidikan kepada 50 kanak-kanak Palesitn yang berada dalam Kawasan C, iaitu lebih 60% kawasan Tebing Barat yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis. Penduduk di kawasan tersebut halang pergerakan mereka dengan Tembok Pemisah dan halangan-halangan lain.

(PIC, IMEMC, Maan, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts