Bank Dunia: Ekonomi Gaza lumpuh

GAZA, 26 Sep 2018 — Kenyataan Bank Dunia semalam memberi amaran bahawa ekonomi Gaza sedang jatuh bebas dan menuju kelumpuhan akibat sekatan yang berterusan sejak 12 tahu lalu, di samping semakin berkurangnya bantuan luar.

Kenyataan tersebut menyebut satu dari dua orang penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan. Kadar pengangguran kini mencecah lebih 50%, di mana 70% golongan muda tidak mempunyai pekerjaan.

Ekonomi Gaza mengecut sebanyak 6% dalam tempoh suku pertama tahun 2018, dan terus mengecut secara eksponen selepas tempoh tersebut.

Antara faktor lain yang meruntuhkan ekonomi Gaza adalah sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) sendiri dan juga pemotongan dana bantuan dari Amerika.

PA mengurangkan bayaran gaji bulanan di Gaza sebanyak US$30 juta, sementara Amerika memotong bantuan tahunan sehingga $US60 juta. Badan PBB, UNRWA, turut memotong dana bantuan.

(PIC, Maan, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts