Bantuan ke Gaza: Negara-negara Arab Gagal Capai Kata Sepakat

Meski pun menyatakan komitmennya untuk memberikan bantuan penuh pada warga Gaza, negara-negara Arab gagal mencapai kesepakatan tentang mekanisme bantuan untuk membangun semula Gaza. Mereka berbeza pendapat soal bagaimana penyaluran bantuan untuk rakyat Palestin.

Sejumlah negara antara lain Arab Saudi dan Mesir tidak terlalu setuju jika bantuan disalurkan melalui Hamas. Kedua negara itu masih berfikiran bahawa Syiria dan Iran memanfaatkan Hamas untuk mengganggu kestabilan di kawasan Gaza dan memberikan peluang bagi Iran untuk melakukan campurtangan ke Semenanjung Arab.

Sejumlah negara menginginkan pendekatan tegas dan sebahagian lagi menginginkan pendekatan yang lunak. Negara-negara seperti Qatar dan Syiria menginginkan Liga Arab bersikap tegas pada Israel, tapi Saudi dan Mesir beranggapan bahawa akar konflik antara Israel-Hamas adalah kerana ada campur tangan Iran.

“Kami tidak mencapai kata sepakat kerana hambatan waktu dan sikap dari beberapa negara. Nampaknya semua pihak harus mencari persefahaman demi kedamaian di Semenanjung Arab … pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai kesatuan sikap itu,” kata Hoshyar Zebari, Menteri Luar Negara Irak ketika hadir di pertemuan negara-negara Arab di Kuwait.

Negara-negara Arab menyatakan akan menyediakan dana sebesar 2 juta US Dollar untuk keperluan pembinaan semula di Jalur Gaza. Berbeza dengan pertemuan di Kuwait, dalam pertemuan di Doha yang diboikot oleh Mesir dan Saudi, negara-negara Arab mendesak agar hubungan dengan Israel dikaji semula dan menyatakan menunda inisiatif perdamaian Arab dengan Israel.

Dalam pertemuan di Kuwait, para pemimpin Arab juga masih berbeza pendapat untuk menentukan sejumlah resolusi dari pertemuan itu, termasuk tentang dukungan pada Mahmud Abbas, presiden Palestin dari Fatah. Sehingga mereka terpaksa menunda pertemuan terakhir untuk menentukan hasil pertemuan Kuwait kerana masih ada perbezaan pandangan bagaimana sikap Arab terhadap Israel. (ln/aljz/aby)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts