Bantuan Kemanusiaan Dari Eropah Berjaya Memasuki Gaza

Sumber: Press TV

21 Jun, Gaza – Satu konvoi bantuan dari Eropah dengan 53 aktivis pro-Palestin telah memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah untuk membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin di .

Konvoi bantuan kemanusiaan yang disebut sebagai  ““Miles of Smiles 3”, memasuki Gaza dengan membawa kira-kira 30 tan ubat, bekalan perubatan dan susu tepung pada hari Ahad (19Jun) lalu. Aktivis yang menyertai konvoi tersebut datang dari pelbagai bangsa yang berbeza telah mengembara beribu-ribu batu untuk membawa senyuman kepada wajah-wajah Gaza, demikian laporan seorang wartawan dari Press TV.

Mereka berharap bantuan yang di bawa akan dapat menyelamatkan nyawa dan mengurangkan sedikit kesakitan dan penderitaan mereka yang memerlukan rawatan perubatan di Gaza.

“Ia amat penting untuk menunjukkan kepada dunia bahawa pengepungan perlu dihentikan, dan kita bertanggungjawab membawa Gaza kembali normal dan membawa penduduk Gaza kembali mengecapi keamanan kehidupan di dunia,” kata Ibrahim Hewitt, pengerusi sebuah pertubuhan amal dari Britain.

 
Israel telah melakukan pengepungan ke atas ekonomi Gaza pada Jun 2007 selepas ahli parlimen Hamas mengambil alih pentadbiran wilayah kecil itu melalui pilihanraya yang sah.

Sekatan tersebut telah membawa kesan buruk kepada keadaan kemanusiaan dan ekonomi di wilayah miskin tersebut.

Menurut laporan Press TV, lebih 360 pesakit telah meninggal dunia sejak tahun 2007 kerana kekurangan ubatan yang kerap akibat sekatan kemasukan keperluan ubatan oleh Israel.

Kira-kira 1.5 juta penduduk di wilayah kecil itu telah dinafikan hak asasi mereka, termasuk kebebasan pergerakan dan hak-hak mereka kepada keadaan hidup yang aman, peluang pekerjaan, menikmati bantuan kesihatan dan pendidikan. (PTV)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts