Bantuan Turki tiba di Gaza

GAZA, 4 Julai 2015 (IMEMC) — Bantuan kemanusiaan dari Turki tiba di Gaza hari ini, setelah kapal Lady Leyla tiba di pelabuhan Zionis di Ashdod semalam.

10 muatan sarat lori membawa bekalan makanan dan mainan, pakaian serta kasut kanak-kanak tiba ke wilayah yang dikepung itu sebelum penduduknya menyambut ketibaan Aidilfitri pada hari Rabu.

Duta Turki ke Palestin, Mustafa Sarnic, dalam sidang media beliau di lintasan sempadan Kerem Shalom menyebut, “Ini adalah bantuan pertama untuk Gaza. Kami akan meneruskan usaha mambantu penduduk Gaza dan menyelesaikan masalah bekalan air dan tenaga elektrik.”

Turki merancang untuk menghantar 400 lori bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam masa terdekat. Mereka pada awalnya mendesak supaya sekatan ke atas Gaza dihapuskan, namum ditolak oleh rejim Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts