Bayi 6 hari meninggal dunia kerana tidak dibenar keluar Gaza

GAZA, 17 Julai 2017 (PIC) — Bayi berumur enam hari, Ali Fadi, meninggal dunia di Hospital al-Shifaa di Gaza apabila Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah tidak mengeluarkan dokumen rujukan perubatan untuk rawatan kecemasan di luar wilayah Gaza yang terkepung.

Kenyataan jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qidra, menyebut bahawa PA tidak mengendah rayuan tidak berhenti-henti untuk memindah bayi pesakit jantung itu ke sebuah hospital lain di luar Gaza.

Seramai 18 orang telah meninggal dunia sejak PA mengambil langkah membeku pengeluaran dokumen rujukan perubatan untuk pesakit Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts