GAZA, 22 Dis 2017 — Seorang bapa dari Khan Younis di selatan Gaza menamakan bayi kembar tiga beliau yang baharu dilahirkan sebagai “Quds”, “Asima, dan “Filisteen” – bermaksud “al-Quds (Baitulmaqdis), “Ibukota”, dan “Palestin” – sebagai bantahan kepada tindakan Amerika mengisytihar kota suci Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Zionis.

Nidal al-Siqli, 30, memilih nama-nama tersebut bagi menegaskan kedudukan penting kota Baitulmaqdis ke atas penduduk Palestin, Arab dan umat Islam. “Baitulmaqdis adalah ibukota Palestin selama-lamanya,” kata beliau.

Kedua-dua Quds dan Filisteen adalah bayi lelaki, manakala Asima adalah bayi perempuan. Menurut Nidal, isterinya berharap mendapat seorang lagi bayi perempuan yang akan diberi nama “Abadiyya” – bermaksud “Abadi” atau kekal selamanya.

(MEMO)

SHARE