Bekas tahanan dedah tragedi tahanan wanita dalam penjara Zionis

GAZA, 3 Feb 2016 (PIC) — Setiap kali musim sejuk tiba, Fatima Al-Zak akan terkenang kepada semua tahanan wanita Palestin dalam bilik kurungan penjara Zionis yang tidak pernah mendapat belas kasihan apabila cuaca sejuk menyerang.

Fatima sendiri mengharungi kesejukan dalam bilik kurungan selama enam tahun, sehingga menyebabkan beliau kini menghadapi penyakit kronik. Beliau pernah melalui kesengsaraan melahirkan anak ketika dalam kurungan, dalam keadaan diikat. Ketika itu, hak kemanusiaan yang paling asas sekalipun tidak diberikan oleh pihak berkuasa penjara Zionis.

“Kesengsaraan yang dilalui oleh tahanan wanita adalah sangat sukar, lebih-lebih lagi jika mereka sedang hamil atau mempunyai bayi,” kata Fatima.

“Setiap kali saya terasa sejuk, saya menangis mengenangkan keadaan tahanan. Saya telah melalui sendiri kesengsaraan berada dalam tahanan, keadaan menjadi lebih parah di musim sejuk di mana para tahanan tidak diberi apa-apa sekalipun untuk memanaskan badan mereka.” Menurut Fatimah, cuaca sejuk yang melampau menyebabkan beliau kini menghadapi masalah penyakit saraf neuropati, yang akan lebih mencengkam di musim sejuk.

Tahanan wanita tidak diberikan pakaian sejuk atau selimut yang mengcukupi, bahkan dihalang daripada mendapatkan pakaian sejuk sendiri. Sungguhpun cuaca begitu sejuk, tahanan wanita terpaksa berkongsi selimut dan pakaian dengan tahanan baharu.

“Kami lapan orang ditahan dalam sebuah bilik kecil, yang hanya ada sebuah tingkap kecil yang dihalang oleh jeriji besi sehingga kami tidak mendapat cahaya matahari. Tidak ada alat pemanas, bagaikan kami tinggal di dalam sebuah peti sejuk.”

Tahanan wanita juga tidak diberikan makanan yang sihat dan minuman panas. “Pihak penjara memberikan hanya dua biji tomato untuk kami lapan orang. Rakan tahanan sering memberikan kepada saya bahagian mereka, kerana saya hamil dan memerlukan makanan yang cukup khasiat.”

Mereka juga tidak diberikan ubat. Pihak penjara tidak menyediakan doktor sakit puan dari kalangan wanita untuk merawat mereka.

Menurut Fatima, beliau tidak diberikan makanan yang sihat selepas melairkan anak, namun rakan tahanan selalu menawarkan makanan mereka supaya belaiu dapat menyusukan bayinya, Yusuf.

Fatima hanya dapat membaya ayat-ayat suci al-Quran dan berdoa apabila bayinya sakit, kerana tidak ada khidmat doktor kanak-kanak diberikan, tidak ada jagaan diberikan kepada bayi. Bahkan bayi tersebut dilayan seperti seorang tahanan.

Fatima adalah salah seorang 20 tahanan wanita yang dibebaskan pada 30 September 2009, dalam pertukaran tahanan melibatkan Gilad Shalit.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts