Bekas Tahanan Palestin: Pengalaman Di Penjara Israel Amat Tragis

Sa’ed Yassin, salah seorang aktivis dan penyelidik dalam urusan tahanan Palestin, mengatakan bahawa tahanan ¬†pentadbiran Palestin di penjara-penjara Israel mengalami penderitaan yang tragis akibat keadaan penjara yang sangat buruk.

Yassin, yang juga nerupakan bekas tahanan di penjara Israel, mengatakan kepada Kumpulan Peguam Tamadun Antarabangsa dalam kunjungan tersebut bahawa sebahagian besar tahanan pentadbiran Palestin yang berada di penjara Negev dan Ofer ditahan di khemah-khemah yang penuh sesak serta tidak memberikan perlindungan bagi para tahanan dari musim dingin atau musim panas.

Mereka dilayani dengan kualiti dan kuantiti makanan yang sangat buruk serta kehilangan banyak hak yang dijamin dalam perjanjian dan undang-undang antarabangsa, ulasnya. Yassin menuduh IOA telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan pelbagai helah yang diterapkan pada tahanan pentadbiran Palestin ini.

Dia juga mengatakan bahawa IOA telah berusaha menjadikan tahanan tersebut sebagai sebahagian dari hukuman kolektif terhadap Palestin. Penahanan tersebut telah dilaksanakan selama bertahun-tahun tanpa pengadilan atau tuduhan dan tanpa memberitahu alasan atas penahanan mereka. (mirzah/pic)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts