Ringkasan

Belgium Sumbang 600,000 EURO Untuk Bantuan Pelarian Palestin

Belgium menyumbangkan € 600,000 (Euro) untuk membantu pelarian Palestin di Lubnan utara, demikian UNAWR untuk pelarian palestin memaklumkan.

Sumbangan bantuan Belgium tersebut akan digunakan untuk membangunkan kembali kem pelarian Nahr al-Bared Palestin yang dihancurkan ketika pertempuran antara tentera Lubnan dan militan Fatah al-Islam pada tahun 2007.

Kerajaan Belgium juga sebelum ini telah menyumbangkan 2.000.000 € (EURO) bagi tujuan kerja-kerja penyediaan tapak kem tersebut.

UNRWA menyediakan bantuan pendidikan, kesihatan, bantuan dan perkhidmatan sosial untuk sekitar 4,7 juta pelarian Palestin di Jalur Gaza, Tebing Barat, Jordan, Syria dan Lubnan, menurut laporan di laman sesawangnya. Badan ini sebahagian besar dibiayai oleh sumbangan dari negara-negara anggota PBB. (ptc)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts