Bilal Kayid gantung mogok lapar

RAMALLAH, 24 Ogos 2016 (Maan) — Tahanan Bilal Kayid menggantung mogok lapar yang dilancarkan sejak 71 hari lalu apabila rejim Zionis bersetuju untuk menetapkan tarikh pembebasan beliau dari tahanan pentadbiran.

Bilal melancarkan mogok lapar pada bulan Jun lalu apabila rejim Zionis mengenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan ke atas beliau pada hari beliau sepatutunya dibebaskan setelah tamat menjalani hukuman penjara selama 14-setengah tahun.

Beliau dimasukkan ke Hospital Barzilai di Ashkelon dalam keadaan digari ke katil dan dikawal ketat dalam bilik rawatan paila keadaan kesihatannya merosot teruk.

Dalam sepucuk surat beliau, Bilal menegaskan bahawa beliau tetap tabah dan berazam tinggi untuk meneruskan mogok lapar. “Kita akan menentang penjajahan tanpa kompromi,” tulis beliau.

Empat lagi tahanan masih meneruskan mogok lapar. Malik l-Qadi dan Ayyd al-Hreimi mogok sejak 40 hari, Muhammad al-Balboul sejak 49 hari, dan abangnya Mahmoud al-Balboul sejak 52 hari lalu.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, sehingga akhir Julai lalu seramai 7,000 penduduk Palestin ditahan dalam penjara Zionis di mana 750 daripadanya dikenakan tahanan pentadbiran.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts