Cinta Yatim Palestin-Syria

Atas rasa cinta dan tanggungjawab sesama Muslim, HALUAN telah melancarkan program Cinta Yatim Palestin-Syria pada tahun 2014 di mana anak-anak yatim terpilih menerima bantuan setiap bulan.

Program ini bertujuan menyalurkan bantuan sara hidup bagi membantu anak-anak ini mendapatkan keperluan asas, terutamanya susu, makanan dan ubatan. Insha Allah sumbangan bulanan ini dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan menjadi pewaris di bumi anbiyak.

Semoga kita dapat mengambil pelajaran dari saranan Rasulullah SAW berkaitan sikap memuliakan anak-anak yatim, antaranya

Dari Sahl bin Sa’ad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Aku dan orang yang menanggung anak yatim di syurga seperti ini (Baginda mengisyaratkan kedua jari telunjuknya dan jari tengah sambil membuka keduanya).
[HR Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi]

Barang siapa yang mengikut sertakan seorang anak yatim di antara dua orang tua yang Muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga.”
[HR. Abu Ya’la dan Tabroni]

Siapa Anak-Anak Yatim Ini?

Anak-anak yatim ini adalah mangsa peperangan di Syria yang kini berjumlah lebih daripada 70,000 orang. Majoriti daripada mereka adalah dari keluarga pelarian Palestin yang berlindung di Syria sebelum tercetusnya konflik.

Mereka kematian bapa, ibu atau ditinggalkan kerana peperangan. Mereka tinggal di merata tempat, terutama di kem-kem pelarian di sempadan Lubnan, Turki, Jordan dan juga di dalam wilayah Syria sendiri. Anak-anak ini tidak mengenal istilah “kenyang”, bahkan kadangkala terpaksa berlapar sepanjang masa.

Bagaimana Mereka Dibantu?

HALUAN melalui kerjasama Al-Sarraa Foundation, sebuah NGO yang dikendalikan oleh aktivis Robitah Ulamak Palestin, telah mengenal pasti lebih 100 anak-anak yatim untuk dibiayai. Mereka kini berlindung di Kem Pelarian Ein El-Helwah di Lubnan.

Setiap anak yatim boleh dibiayai dengan hanya US$50 (atau RM250) setiap bulan. Tempoh minima pembiayaan adalah selama satu (1) tahun. Peserta boleh membiayai lebih daripada seorang anak yatim, ataupun berkongsi membiayai seorang anak yatim.

Bagaimana Anda Boleh Turut Membantu?

  • Lengkapkan Borang Penyertaan Cinta Yatim Palestin-Syria.
  • Hantarkan borang yang lengkap melalui Whatsapp ke 019-211-5979 atau faks di talian 03-5166-0599.
  • Sila buat bayaran sumbangan/biaya pertama melalui
    TABUNG PALESTIN HALUAN
    BIMB : 14-023-01-0034292
    Maybank : 5644 9020 8528
  • Biodata anak yatim yang ditaja akan diserahkan kepada pembiaya.
  • Pembayaran seterusnya boleh dibuat mengikut kekerapan yang dipilih.
  • Selepas setiap pembayaran dibuat, sila maklumkan pihak urusetia melalui SMS atau Whatsapp di talian 019-211 5979 (‘Ubaidah) atau 013-321-8110 (Faten).
Download borang di sini.