Datuk Bandar Zionis serbu kem Shufat

BAITULMAQDIS, 23 Okt 2018 — Pihak perbandaran Zionis di kota Baitulmaqdis tengahari tadi menyerbu kem pelarian Shufat dan meronda di sekuruh kawasan kem dengan kawalan ketat oleh pasukan polis Zionis.

Mengejutkan lagi penduduk, buat pertama kali dalam sejarah pasukan Zionis tersebut menjalankan kerja-kerja pembersihan yang sebelum ini lazimnya dilakukan oleh pekerja United Nations Relief and Work Agency (UNRWA).

Beberapa jam kemudian Datuk Bandar Zionis di Baitulmaqdis, Nir Barkat, menyerbu masuk kem dengan diiring oleh pasukan tentera Zionis.

Awal bulan ini, Barkat mengumumkan rancangan untuk menutup operasi UNRWA di Baitulmaqdis Timur atas tuduhan ia beroperasi secara haram dan menghasut kebencian kepada rejim penjajah.

(PIC, Maan, IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts