Deklarasi Haram Trump – Apa Tindakan Kita?

KUALA LUMPUR, 12 Dis 2017 — Deklarasi haram yang diisytihar oleh Presiden Amerika Donald Trump pada 7hb Disember lalu adalah suatu tindakan yang dirancang rapi dan bukan dibuat secara tiba-tiba.

Rentetan sejarah atau kezaliman yang tidak berpenghujung ke atas penduduk Palestin dan umat Islam seluruhnya adalah agenda terancang untuk melemahkan dan memecah-belahkan mereka, supaya “perancang” yang bertopengkan Zionis bebas menguasai dunia baik dari sudut politik, ekonomi, sosial bahkan juga keagamaan.

Forum antarabangsa “100 Tahun Musibah Balfour” yang dianjurkan oleh Yayasan MyAqsa di Masjid Wilayah Persekutuan semalam telah menjelaskan tentang sejarah konspirasi Zionis ke atas umat Islam, dengan berpusat kepada isu Baitulmaqdis. Forum ini membina kesedaran betapa umat Islam harus kembali kepada hakikat sebenar permasalahan Palestin demi mempertahan kesucian dan maruah Islam.

Apa yang diisyhtiharkan oleh Donald Trump adalah merupakan susulan kepada perancangan licik Zionis. Seratus tahun sebelum pengisytiharan ini, mereka telah membuat Deklarasi Balfour 1917 yang terkutuk, di mana pihak British memberi suatu yang bukan hak mereka kepada pihak lain yang tidak pernah berhak ke atas perkara tersebut.

Bahkan rancangan mereka ke atas Baitulmaqdis bermula jauh lebih awal dari itu, dengan penubuhan Zionis moden pada tahun 1897 bagi membina sebuah negara khusus untuk kaum Yahudi, supaya dari situ mereka dapat menguasai dunia (dengan penuh kerosakan).

Dalam keadaan umat Islam yang semakin lemah, mereka menjalankan pelan tindakan seterusnya selepas kekalahan Khilafah Uthmaniyah pada Perang Dunia Pertama, dengan perjanjian Skyes Picot 1916. Tujuan perjanjian ini sangat jelas, iaitu untuk melemahkan dan menghancurkan lagi umat Islam dengan memecah-belahkan mereka, kemudian membahagi-bahagikan mereka di bawah penjajahan kuasa Britain, Perancis dan Amerika. Maka terbentuklah peta dunia baharu, dari Asia Barat merentas benua sehinggalah ke Nusantara. Negara-negara umat Islam dipecah-pecahkan menjadi negara-negara kecil, ditanam dengan semangat kebangsaan dan permusuhan di antara mereka.

Umat Islam, khususnya dunia Arab, diajar dengan kebencian kaum bahawa Khilafah Uthmaniyah adalah penjajah ke atas tanah air mereka.

Di Nusantara sendiri, lebih daripada sejuta askar British India yang sejumlah besarnya beragama Islam menjadi alat British meranapkan saudaranya di seluruh dunia. Hanya segelintir sahaja yang kembali sedar dan enggan memerangi saudara seIslam mereka, termasuklah Zia-ul Haq di Acheh yang “belot” dan kembali ke India. Akhirnya beliau menjadi Presiden Pakistan tetapi dibunuh dalam satu kemalangan udara yang dirancang oleh musuh.

Tentera India mengawal tawanan Turki di kota al-Quds pada bulan Disember 1917.

Dilaporkan 95,000 tentera British India, yang sebahagian besarnya beragama Islam, membantu tentera British di bawah komander Edmund Allenby dan juga pasukan pengganas Yahudi menawan Baitulmaqdis supaya terus berada di bawah British Mandate sehingga tertegaknya negara haram Zionis 1948. Gabenor British Mandate bernama Henry Gurney kemudiannya dibalas jasa menjadi Pesuruhjaya British di Malaya.

Apa yang terjadi ke atas bumi Palestin adalah susulan daripada Deklarasi Balfour, yang ingin menghancurkan umat Islam di pusat atau jantung mereka sendiri. Natijahnya, bangsa Palestin terpaksa melalui keperitan dan penderitaan sehingga hari ini. Umat Islam di seluruh pelusuk dunia terus mengabaikan nasib Palestin, sehingga mereka lupa bahawa mempertahankan Baitulmaqdis serta al-Aqsa bermakna mempertahankan kemuliaan mereka. Begitulah sebaliknya, mengabaikan al-Aqsa bermakna berundur daripada mempertahankan maruah umat Islam.

Menurut Sheikh Dr Nawaf Takruri, yang merupakan Pengerusi Kesatuan Ulamak Palestin Luar Negara, apa yang berlaku hari ini adalah sebahagian daripada janji-janji Allah bahawa kaum Yahudi akan berkumpul untuk berakhir di situ. Mereka akan lakukan kerosakan buat kali kedua, dan kemudian umat Islam akan hancurkan mereka di situ.

Sheikh Dr Nawaf Takruri menyampaikan syarahan beliau dalam forum “100 Tahun Musibah Balfour” di Masjid Wilayah Persekutuan.

 

Kata beliau, deklarasi hitam ini mesti diterima dan dihadapi umat Islam dengan melengkapkan diri bagi memenuhi syarat-syarat kemenangan. Apakah syarat-syarat tersebut? Antaranya, mereka wajib bersatu menjadi hamba-hamba yang taat kepada perintah Allah SWT. “Janji Allah pasti akan berlaku, justeru kita perlu persiapkan diri kita,” seru beliau.

Kebangkitan harus berlaku di semua peringkat – dalam rumah, masjid, sekolah, jabatan-jabatan, seluruh masyarakat dan negara, dan sepanjang tahun.

Kita perlu bentuk generasi baharu yang akan bangkit untuk bina semula kemuliaan Islam. Jika umat Islam tidak bangkit secara menyeluruh, maka Zionis, Amerika dan sekutu mereka akan terus menghina umat Islam dengan nakbah yang lebih besar lagi.

Trump akan lihat sejauh mana umat Islam bangkit (susulan pengisytiharan al-Quds sebagai ibukota negara haram Zionis). Oleh itu umat Islam harus bersatu bangkit secara tersusun dan berterusan, sehinggalah mereka berundur. Umat Islam mesti bersatu menentang musuh secara adil (muqawamah), apa yang disebut sebagai operasi keamanan, dan sekali-kali tidak menerima keputusan Amerika atau Zionis. Ini meliputi hal ekonomi dan pergerakan subversif Zionis yang menyelinap ke dalam masyarakat, termasuklah gerakan fahaman liberal.

Palestin adalah milik umat Islam sejagat. Oleh itu, masa depan Palestin harus ditentukan oleh seluruh umat Islam, bukan dibiarkan kepada bangsa Palestin sahaja.

Dalam keterangan yang bersandarkan kepada sejarah dan fatwa-fatwa ulamak, YB Dato’ Dr Khairuddin al-Takiri berpendapat bahawa adalah haram bagi umat Islam mengambil sikap “tidak apa” atau tiada permusuhan ke atas tindakan-tindakan jahat Zionis dan sekutu mereka.

Sedangkan perasaan atau semangat untuk mempertahankan al-Aqsa adalah satu kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT. “Orang yang melibatkan diri dalam isu Baitulmaqdis adalah orang yang mendapat kemuliaan daripada Allah SWT,” kata Sheikh Dr Nawaf.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts