Delegasi Turki tiba di Gaza untuk agih bantuan

GAZA, 7 Sept 2016 (WB) — Satu delegasi dari Turki tiba di Gaza hari ini bagi menguruskan pengagihan 2,500 tan bantuan kemanusiaan yang tiba melalui kapal.

Kapal membawa bantuan kemanusiaan yang kedua dari Turki itu tiba di pelabuhan Zionis di Ashdod Isnin lalu. Bantuan melalui kapal pertama telah disampaikan pada bulan Julai lalu.

Delegasi seramai 14 orang dari Turkish International Cooperation and Development Agency (TIKA) dan Turkey’s Disaster and Emergency Management Authority (AFAD) itu akan mengagih bantuan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Sosial Palestin di Gaza sebelum bermulanya Hari Raya Aidiladha.

Antara lain, mereka membawa bantuan makanan, pakaian, 1,000 buah basikal untuk kanak-kanak dan 100 buah kerusi roda.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts