Derita Gaza Siapa Yang Peduli!

Aku Ingin Khabarkan kepadamu tentang Gaza.
Gaza hidup di dalam sangkar, di dalam sebuah penjara terbuka yang
telah lama terisolasi dari dunia. Pokok-pokok oren telah lama jatuh
menyembah bumi. Bunga-bungaan tidak lagi dieksport. Juga
sayur-sayuran, buah-buahan dan buah zaitun, dahulunya mereka ini
perniagaan eksport yang pernah makmur.
Sejak tahun 2000, tentera Israel telah memusnahkan sebanyak 114,000
pokok zaitun. Yang lain pula telah lama tengkarap semasa perang 2008-9
– banyak yang tercabut dek fosforus putih dan bahan-bahan kimia yang
lain. Kini, pertanian sukar untuk dikerjakan dan di sesetengah kawasan
adalah mustahil.

Gaza kelihatan seperti zon perang – lubang-lubang peluru jelas
kelihatan di sisi-sisi bangunan. Gaza hidup tanpa pam kumbahan yang
teratur – dibom setiap kali siap dibina semula. Perairan Mediterranean
pula dipenuhi dengan sisa kumbahan mentah, manakala had 3-batu yang
dikawal rapi oleh tentera laut Israel secara kolektif memusnahkan
industri perikanan yang pernah makmur seketika dahulu. Kini, airnya
bertakung sisa kumbahan dan sisa aktiviti perikanan berlebihan.

Ini ialah kisah perang yang paling menggerunkan – kengeriannya tak
dapat bayangkan di mana terowong dengan labirin yang berbatu jauhnya
berfungsi untuk mengurangkan penderitaan rakyat melalui barang-barang
yang dibawa dari Mesir. Terowong ini berbahaya kerana sentiasa dibom
oleh roket dan peluru berpandu. Ramai orang-orang muda pemberani yang
bekerja dalam terowong untuk membawa barang-barang yang diperlukan ke
Gaza memperjudikan hidup mereka setiap hari. Barang-barang untuk
menampung kehidupan datang melalui terowong ini. Minyak diesel dan
petrol dipam melalui terowong pada 1 / 3 harga Israel. Di samping itu,
bahan binaan, simen, ubat-ubatan, kain pembebat, alat pertolongan
cemas, malah kereta dan mesin basuh melalui jalan ini ke Gaza.
Bahan-bahan yang dikirim melalui Ashdot, Israel, seringkali harus
menunggu berbulan-bulan sebelum mereka diperiksa dan selalunya tidak
akan pernah tiba di Gaza.

Elektrik masih kurang dan penjana yang digunakan di hospital-hospital
hanya boleh diaktifkan 12 kali sehari. Mereka acap kali terpadam
semasa pembedahan. Pembaikan penjana dan peralatan lain merupakan
sebuah masalah berat kerana alat ganti mengambil masa berbulan-bulan
untuk tiba dari negara-negara penderma. Hal ini turut sama berlaku
pada peralatan pengimejan yang baru, berdiri terbiar apabila
diperlukan. Apabila sesuatu barang rosak, seseorang seringkali harus
menunggu lebih daripada satu tahun untuk alat ganti yang datang dari
NGO [badan bukan kerajaan] yang menyokong rakyat Palestin. Malangnya
(setakat yang saya pelajari) A[merika] S[yarikat] tidak lagi
menyumbang dan Kongres AS menyalurkan penggunaan dana itu bagi NGO
pembangunan agrikultur. Ini ialah satu tragedi untuk rakyat Palestin
di Gaza, mereka hanya mampu membekalkan makanan kepada penduduk mereka
sendiri.

Ramai pesakit tidak boleh mendapatkan rawatan lanjut. 40% daripada
ubat-ubatan untuk rawatan yang diperlukan tidak boleh didapati.
Ubat-ubatan kemoterapi langsung tidak wujud di sini kerana mereka
terlalu mahal. Turut sama tiada ialah sarung tangan, jarum jahitan,
antibiotik dan keperluan yang paling asas. Banyak kerusi roda yang ada
disumbangkan oleh negara-negara yang mengambil bahagian [mendukung
Palestin]. Kerusi-kerusi ini berada dalam keadaan yang baik untuk
dipakai oleh orang-orang muda yang anggota badan mereka diletupkan.
Saya diberitahu bahawa kerusi roda yang dihantar oleh Israel tidak
boleh digunakan lantaran banyak bahagian yang hilang. Mengapa pula?
Hospital telah dibom dan dibina semula. Tanpa terowong, akan ada
kelumpuhan total dalam pembinaan semula.

Hanya pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan, dan pesakit yang
paling lemah dihantar ke hospital-hospital Israel. Perjalanan ke sana
adalah panjang dan sukar dengan tempat pemeriksaan yang banyak.
Sesetengah pesakit tidak berjaya melepasinya dalam keadaan hidup.
Kanak-kanak mesti pergi bersendirian kerana ibu bapa tidak diberi
kebenaran untuk menemani mereka. Kini, pesakit lebih mudah dihantar
melalui Rafah ke Kaherah untuk mendapatkan rawatan. Juga suatu
perjalanan yang sukar, tetapi lebih disukai kerana sekatan sempadan
mewujudkan lebih banyak kemungkinan untuk tiba di hospital Mesir.
Namun, ia masih sukar dan panjang. Saya melihat orang menunggu
berjam-jam di sempadan untuk pasport dan dokumen-dokumen mereka
diluluskan, prosedur membosankan walaupun bagi orang yang sihat.
Hospital Al-Shifa (diterjemahkan sebagai “Penyembuhan” dalam bahasa
Arab) adalah hospital yang terbesar di Semenanjung Gaza. Ia mempunyai
700 katil dan merawat 1200 pesakit sehari. Kesan pengepungan kesihatan
Israel tidak kurang daripada dahsyatnya. Saya amat kagum dengan
komitmen kakitangan hospital yang merawat orang ramai yang sakit dan
cedera walaupun dengan peralatan yang terhad. Lelaki dan wanita
Palestin bekerja bergandingan bahu.

Saya terkesan oleh keindahan dari Palestin dan dorongan mereka ke arah
martabat dan kebebasan. Saya terkesan dengan ibu bapa kepada
kanak-kanak yang sakit, menjaga mereka dengan penuh kecintaan dan
tragedi yang terukir di wajah mereka. Sekian banyak dari apa yang saya
lihat dan dengar di Gaza telah meninggalkan satu lubang hitam yang
mendalam dalam kesedaran saya kerana saya sedar bahawa jenayah yang
dilakukan oleh Zionis Israel dan bersama-sama Amerika Syarikat ialah
salah satu jenayah yang terbesar terhadap sebuah populasi yang gagal
untuk dilihat sebagai manusia. Sebaliknya rakyat Palestin adalah
setan, binatang dalam usaha Israel untuk menghapuskan sejarah
Palestin, maruah rakyat Palestin dan hak mereka untuk wujud dalam
keadaan yang selamat dan aman. Dalam hemat saya, hal ini tidak boleh
dibandingkan dengan bab terakhir Holocaust, ini ialah satu tragedi
yang tiada pengampunan.

Saya akan terus menulis tentang tanah sitrus yang lara ini, tanah di
mana tumbuh-tumbuhan sitrus telah direnggut keluar daripada bumi dan
pokok-pokok telah dieksport ke Israel untuk keuntungan mereka.
Semuanya berkisar mengenai keuntungan dan ketamakan manakala manusia
tidak lagi menjadi manusia.

Saya ingin memberitahu anda tentang uranium dan fosforus putih yang
ditemui selepas perang di mana pengeboman berlaku selama tiga minggu
berturut-turut tanpa henti. Saya menyaksikan bagaimana guru-guru dalam
projek “Selamatkan Anak-Anak Kita” membantu dua orang kanak-kanak
lelaki berusia lapan tahun yang sampai hari ini tidak mampu berbicara
setelah Operasi Cast Lead. Namun sehingga hari ini, kita masih menemui
bahan kimia di dalam tanah dan di dalam badan-badan kanak-kanak yang
dilahirkan pramatang dengan kanser dan kecatatan. Ya dan 33 tambahan
bahan kimia toksik yang berubah dengan setiap kali pengeboman baru,
telah diasingkan. Sekiranya anda tidak tahu, lebih daripada 55%
daripada penduduk Gaza adalah di bawah umur 18 tahun. Menggigil saya
memikirkan kesan kekejaman berterusan ke atas generasi muda ini pada
tahun mendatang. Palestin masih dengan bantuan NGO yang cuba untuk
untuk melestarikan kesejahteraan anak-anak Palestin di kem-kem
pelarian yang sesak yang mempunyai wajah yang paling indah. Kita harus
masih punya harapan kerana anak-anak ini mendatangi saya dengan
isyarat keamanan dan kami bersama-sama mengucapkan Viva Palestina.
Pekerjaan saya baru saja dimulai. Saya juga harus bertahan pada
harapan. Dunia harus mendengarkan dan menolak.

*Lillian Rosengarten ialah seorang bekas pelarian Nazi Jerman,
penganut agama Buddha, penyair, pengarang dan pasifis. Beliau
menyumbang artikel ini kepada PalestineChronicle.com .

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts