Di Sebalik Insiden Yehuda Glick

BANDAR BARU BANGI, 30 Okt 2014 (BHP) — Laporan dan komentar yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa rejim Zionis tentang insiden menembak pelampau Yahudi, Yehuda Glick, menimbulkan banyak persoalan dan keraguan. Siapakah yang sebenarnya melepaskan tembakan itu, dan apakah motifnya?

Insiden yang berlaku di luar Menachem Begin Heritage Center di Kota Lama al-Quds itu merupakan senario yang sangat bertepatan dengan apa yang selama ini dibayangkan sendiri oleh Yehuda Glick, bahawa satu insiden keganasan yang menggemparkan ke atas orang Yahudi akan dapat mempercepat realisasi apa yang beliau cita-citakan selama ini – menggantikan Masjid al-Aqsa dengan sebuah
“Kuil Ketiga” Yahudi.

Glick telah sekian lama cuba mecetuskan keganasan dari kalangan penduduk Palestin dan kini beliau sendiri terpalit secara langsung dengan permainannya sendiri, kata Ali Abunimah, seorang aktivis yang vokal memperjuangkan permasalahan Palestin dan juga merupakan salah seorang pengasas Electronic Intifadah.

Tidak ada pertaruhan yang lebih tinggi daripada (terlibat dalam insiden keganasan seperti) itu bagi puak pelampau Yahudi, termasuklah Glick sendiri, yang bersungguh-sungguh membuat perancangan supaya saat tibanya Mesiah yang dinantikan oleh kaum Yahudi menjadi satu realiti. Apatah lagi bila usaha ini didukung penuh oleh kerajaan Zionis.

Keganasan dan penetangan yang semakin meningkat adalah merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam perancangan pelampau Yahudi ini.

Jika mereka berjaya menimbulkan situasi tersebut, keganasan boleh menyelubungi wilayah Palestin dan sekitarnya dengan lebih dahsyat daripada apa yang sedang berlaku kebelakangan ini. Bahkan ada dari kalangan pendukung rancangan untuk membina kuil itu meramalkan situasi tersebut boleh membawa cetusan kepada satu perang dunia.

Yahuda Glick menunjukkan lakaran “Kuil Ketiga” Yahudi yang beliau percaya sepatutnya terbina di tempat berdirinya Kubah as-Sakhra, iaitu sebahagian daripada bangunan dan kawasan Masjid al-Aqsa.

Insiden Menembak Yehuda Glick

Beberapa bulan kebelakangan ini menyaksikan peningkatan serius dalam aktiviti pencerobohan mereka ke dalam Masjid al-Aqsa dengan membuat provokasi dan menghasut para jamaah Muslimin, berpandukan kepada ilham dan pimpinan Yehuda Glick dan Moshe Feiglin, Timbalan Speaker Knesset.

Malam tadi, ketika Glick keluar dari satu persidangan yang bertajuk “Kaum Yahudi Kembali ke Temple Mount” – nama yang mereka sebut kepada kompleks Masjid al-Aqsa – beliau telah berhadapan dengan seorang yang ingin menyerangnya, yang kemudiannya menembak dan mencederakan beliau.

“Penyerang itu datang mendekati beliau untuk mengesahkan, dalam bahasa Hebrew dengan dialek Arab yang pekat, bahawa orang yang di dekatinya itu adalah Glick,” kata feiglin yang mendakwa dirinya sebagai salah seorang saksi di tempat kejadian.

Selepas melepaskan tembakan, penyerang itu kemudiannya dilaporkan melarikan diri dengan motorsikal.

Feiglin, seorang ahli parti Likud, berkata bahawa ketika kejadian berlaku Glick sedang memunggah barang-barang ke dalam keretanya selepas tamatnya persidangan tersebut.

Insiden Yang Sudah Dijangka

“Saya terkejut dengan apa yang berlaku, sungguhpun kejadian seperti ini memang sudah dijangka,” kata Feiglin seperti yang dilaporkan oleh YnetNews. “Kelemahan dan kegagalan kerajaan [rejim Zionis] dalam menangani keganasan telah membawa kepada cubaan membunuh ini dan juga mengganggu hak kami (untuk memasuki al-Aqsa) dengan menutup Temple Mount.”

Sesungguhnya serangan itu, atau mana-mana insiden seumpamanya, adalah suatu yang sudah dijangka, seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar perdana Zionis, Hareetz:

Glick telah menjangkakan minggu lalu bahawa keadaan di Masjid al-Aqsa hanya akan berubah setelah satu insiden keganasan berlaku ke atas orang Yahudi.

“Bilakah peristiwa itu akan berlaku?” kata Glick kepada pemberita Hareetz. “Sebaik sahaja kaum Arab mencederakan seseorang di Masjid al-Aqsa, perdana menteri baru akan bangkit dan ketika itu ianya sudah terlewat.”

“Keganasan semakin meningkat setiap hari, dan pihak polis tidak boleh diharap,” kata Glick minggu lalu. “Kelemahan pihak polis membawa kepada keganasan.”

Kenyataan dalam akhbar Hareetz ini menimbulkan beberapa persoalan: jika Feiglin berada di tempat berlakunya insiden tersebut, kenapa beliau tidak menjadi sasaran (tembakan)?

Sedangkan Feiglin juga mendakwa bahawa beliau menjadi sasaran kempen hasutan yang tidak henti di laman Facebook, bahkan beliau adalah seorang yang lebih dibenci dan dikenali daripada Glick. Geiglin lebih kerap membawa masuk penceroboh ke dalam Masjid al-Aqsa, dan sebagai seorang timbalan speaker Knesset, lebih mendapat perhatian media.

Ketika serangan ke atas Gaza baru-baru ini, Feiglin berjaya meningkatkan popularitinya apabila beliau menyeru supaya tentera Zionis menghimpun dan menghapuskan semua bangsa Palestin di Gaza.

Ya, mungkin memang Glick merupakan sasaran sebenar dan penyerang tersebut tidak berpeluang untuk melepaskan peluangnya (untuk menyerang orang lain ketika itu).

Dakwaan Dialek Arab Yang Mencurigakan

Menurut keterangan “saksi” kepada akhbat Hareetz, penyerang tersebut telah sempat bertanya kepada Glick, “(Adakah) anda Yehuda Glick?” sebelum melepaskan tembakan.

Empat patah perkataan dalam bahasa Hebrew, “Ha’im ata Yehuda Glick?”

Penyerang tersebut juga dilaporkan menyebut, “Yehuda, anda menyakitkan hati saya” – dalam bahasa asalnya, “Yehuda, ‘itsbanta oti.

Menurut Ali Abunimah, kedua-dua phrasa tersebut tidak mengadungi sebarang konsonan yang boleh membuatkan sebutannya mudah dibezakan daripada lidah seorang Arab yang bertutur dalam bahasa Hebrew, kecuali huruf “‘ayn“.

“Jika benar bunyi huruf ‘ayn itu disebut sekalipun, yang mungkin boleh dikenali sebagai dialek Arab, ia juga boleh jadi dialek seorang Yahudi dari keturunan Arab,” kata Uri Horesh, seorang profesor linguistik di Northwestern University kepada Ali Abunimah.

Hakikatnya di sini, apa yang didakwa sebagai phrasa yang disebut oleh penyerang itu adalah terlalu ringkas untuk membolehkan seseorang (yang bukan pakar) mengesan samada pengucapnya bercakap dengan apa jua dialek, apatah lagi dialek ‘pekat’.

Apa yang didakwa oleh Feiglin, paling lebih, hanya sebuah sangkaan. Mungkin juga ianya sebuah hasutan kepada bangsa Arab, yang dirancang dan disengajakan. Tidak syak lagi bahawa sebagai seorang yang menggerakkan kempen menghapuskan penduduk Arab, Feiglin akan mengeluarkan apa sahaja kenyataan yang boleh untuk merendahkan seluruh bangsa Palestin.

Selain kenyataan “saksi-saksi” ini, media Zionis tidak sedikitpun memberikan sebarang keterangan tentang keadaan fizikal penyerang tersebut.

Suspek Dibunuh Hanya Beberapa Jam Selepas Kejadian

Kita masih ingat tentang insiden pembunuhan kejam ke atas Muhammad Abu Khudair, yang telah diculik berhampiran di al-Quds pada awal pagi 2 Julai lalu. Remaja itu telah dibakar hidup-hidup dan mayatnya dibuang di sebuah kawasan hutan. Polis Zionis mengambil masa beberapa hari untuk menangkap suspek – itupun hanya setelah mendapat tekanan dari masyarakat antarabangsa.

Begitu lama masa yang diambil sungguhpun pihak polis mempunyai bukti dan mengetahui wajah penjenayah yang dirakam dengan jelas di dalam video CCTV.

Dalam satu lagi insiden pada 15 May, penembak Yahudi telah membunuh dengan kejam dua remaja Palestin, Nadim Nuwara dan Muhammad Abu al-Thathir, di perkampungan Beitunia di Tebing Barat.

Kejadian pembunuhan ini dirakam dalam video CCTV dari berbagai sudut sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa, bahkan Amerika sendiri mendesak dijalanakan penyiasatan. Sungguhpun begitu, setelah enam bulan kejadian berlalu, rejim Zionis masih tidak dapat menjejaki sebarang suspek atau membuat apa-apa tangkapan.

Dalam kes tembakan Glick ini, kita diberitahu bahawa hanya beberapa jam selepas insiden tembakan itu pasukan polis Zionis telah berjaya mengesan suspek di rumahnya di al-Quds Timur.

Bahkan, pihak keselamatan Zionis telah melakukan pembunuhan tanpa siasatan ke atas suspek tersebut, Mu’taz Hijazi, 32 yahun. Haaretz melaporkan:

Menurut polis Zionis dan Shin Bet [agensi keselamatan dan perisikan], suspek cuba melarikan diri dengan naik ke atas bumbung rumahnya dan berselindung di situ, di belakang panel solar. Bila pasukan khas polis unit anti-keganasan, yang dikenali dalam bahasa Hebrew sebagai “Yamam”, mendekati suspek, suspek telah melepaskan tembakan. Unit tersebut membalas tembakan sehingga
beliau bunuh.

Shin Bet mendedahkan bahawa Hijazi pernah menjalani hukuman selam 11 tahun di penjara Zionis atas kesalahan berkaitan keselamatan dan dibebaskan tiga tahun lalu. Dulunya beliau adalah anggota Jihad Islami tetapi beliau tidak menganggotai mana-mana pertubuhan sejak dibebaskan dari penjara.

Agensi keselamatan itu berkata mereka sedang menyiasat samada Hijazi juga terlibat dalam serangan yang telah berlaku di cerun Gunug Scopus bulan Ogos lalu, di mana seorang lelaki yang menunggang motorsikal melepaskan tembakan ke arah seorang askar Zionis sehingga tercedera.

Bagaimanapun, kenyataan Ma’an News Agensi agak berbeza:

Pasukan khas menyerbu masuk kawasan kejiranan al-Thuri di Silwan pada jam 2:30 pagi dan mula
menggeledah dan naik ke kawasan bumbung rumah sebelum menembak mati Mu’taz Ibrahim Hijazi, 32
tahun, apabila berlaku tembak menembak.

Saksi menyebut bahawa Hijazi ditembak dan tidak mampu bergerak atau membalas tembakan, di mana
ketika itu pasukan Zionis memecah masuk ke dlam rumahnya dan bergerak ke atas bumbung.

Unit khas kemudiannya menjatuhkan sebuah tangki air ke atanya ketika dia sedang mengalami
kehilangan darah yang teruk.

Pengerusi sebuah kelab sukan tempatan, Hani Gheith, memberitahu Ma’an bahawa pasukan Zionis
hanya memcah masuk ke dalam rumah Hijazi setelah mereka pastikan bahawa belai mengalami
kecederaan yang parah.

Mereka Memang Ingin Membunuh Suspek Itu

Jurnalis Middle East Eye, Dan Cohen, yang pergi ke rumah Hijazi beberapa jam kemudian, melahirkan rasa sangsi terhadap apa yang diberitakan oleh Haaretz.

“Saya lihat semu apa yang telah berlaku. Dia tidak membawa sebarang senjata atau pistol,” kata seorang jiran kepada Cohen. “Dia berada di atas bumbung, jadi polis boleh sahaja menangkap beliau tetapi mereka tidak mahu. Mereka mahu bunuh dia.”

Seorang lagi jiran, Bellal Burqan, 32 tahun, yang menyaksikan kejadian dari sebuah rumah yang bersebelahan yang mengharap bumbung di man Hijazi telah dibunuh menjelaskan kepada Cohen tentang kejadian keganasa pasukan polis. “Mereka menembak ke semua arah,” kata Burqan.

Selepas Hijazi ditembak, kata Burqan, polis menembak bahagian kepalanya dari jaarak dekat, satu taktik yang dikenali sebagai “pastikan suspek terbunuh.”

Sambil merujuk kepada satu gambar yang menunjukkan satu gerudi elektrik yang rosak yang dapat dilihat bersebelahan mayat Hijazi, Burqan secara sinis berkata, “inilah satu-satunya senjata yang dia bawa.”

Kawasan bumbung rumah di mana Hijazi dibunuh.
Kawasan bumbung rumah di mana Hijazi dibunuh.
Menurut saksi, inilah satu-satunya “senjata” yang ada di situ.

Menurut Ma’an, Hijazi pernah ditangkap pada tahun 2000 atas dakwaan menyertai Intifadah al-Aqsa.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara selam tujuh tahun, tetapi oleh kerana beliau menyerang seorang pengawal penjara ketika di dalam penjara, hukumannya dilanjutkan untuk tempoh empat tahun lagi.

Satu laporan media Zionis, Wala, menyebut bahawa seorang pekerja Begin Heritage Center mendakwa Hijazi bekerja di sebuah restoran di situ. Satu dakwaan yang agak pelik, apabila tugas perkhidmatan di sebuah institusi Yahudi di al-Quds diberikan kepada orang Palestin. Bahkan Benjamin Netanyahu sendiri sering berkunjung ke situ.

Tetapi sebagai seorang bangsa Arab yang mempunyai rekod keselahan berkaitan keselamatan yang bekerja berhampiran tempat kejadian sudah cukup untuk menjadikan beliau sebagai seorang suspek dari kacamata Zionis, tidak kiralah apa juga fakta-fakta yang lain.

Hijazi adalah seorang suspek yang sangat sempurna – tidak ramai penduduk Yahudi akan persoal kenyataan mereka yang terlibat dalam operasi (memburu suspek) ini, lebih-lebih lagi apabila beliau pernah dipenjarakan dan pernah dikaitkan dengan kumpulan Jihad Islami.

Kemungkinan besar Hijazi hanyalah sebahagian daripada “kumpulan sasar” yang diperhatikan oleh Zionis – satu senarai mereka yang hendak dihapuskan samada kerana peluang yang tiba-tiba timbul, atau sebagai kambing hitam yang mudah. Kita mungkin tidak akan dapat mengetahui hakikat sebenar kerana polis Zionis – yang nampaknya begitu cekap menjejaki Hijazi hanya dalam tempoh beberapa
jam – tetapi tidak pandai untuk menangkap beliau hidup-hidup. Beliau dibunuh. Orang yang sudah terbunuh tidak akan bercakap lagi.

Mu'taz Hijazi selepas ditembak mati.
Mu’taz Hijazi selepas ditembak mati.

Insiden ini juga sekali lagi mengambil contoh dari apa yang telah berlaku kepada dua orang suspek yang dikesan sejurus selepas penculikan dan pembunuhan tiga orang Yahudi di Tebing Barat pada bulan Jun lalu. Suspek berkenaan dibunuh tanpa proses keadilan pada bulan September lalu.

Keluarga Hijazi telah diberitahu bahawa rumah mereka akan dirobohkan, tambah Cohen.

Membina Semula Kuil

Sementara itu media arus perdana telah mendebat agenda yang diperjuangkan oleh Glick. The New York Times, seperti biasa, menggambarkan beliau sebagai seorang penghasut yang berjaya menghasilkan lebih banyak kejayaan Yahudi Masjid al-Aqsa dan memperjuangkan hak ke atas tempat- tempat keagamaan yang dipertikaikan di al-Quds.

Bahkan Glick, dengan rekod tangkapan dang provokasinya yang panjang, adalah merupakan seorang tokoh utama dalam gerakan untuk menggantikan Masjid al-Aqsa serta Kubah as-Sakhra dengan sebuah Kuil Ketiga Yahudi.

Glick adalah penghubung kepada beberapa kumpulan “aktivis Kuil”. Beliau adalah pengasas dan pengarah The Temple Institute yang mendapat dukungan rejim Zionis. Banyak kumpulan-kumpulan aktivi ini mempunyai hunbungan rapat dengan kerajaan dan mendapat dana daripada kerajaan.

Sejak September 1996 ketika pertama kali menjadi Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu membuat keputusan bersama kumpulan-kumpulan ini untuk membina satu terowong arkeologi di bawah tapak Masjid al-Aqsa. Orang Islam percaya tindakan ini bukan hanya untuk menukar status al-Aqsa tetapi juga untuk melemahkan struktur fizikalnya.

Puluhan orang Palestin dan 15 orang Yahudi terkorban berikutan pertempuran yang menyusulitindakan tersebut.

Pada bulan September 2000, pemimpin pembangkang Ariel Sharon menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa dengan diiringi oleh ratusan orang tentera, hingga mencetuskan Intifadah Kedua. Tindakan Sharon itu juga sebenarnya memberi semangat kepada kumpulan ini.

Pencerobohan Sharon itu merupakan pencabulan kepada status Masjid al-Aqsa yang telah dipersetujui oleh rejim Zionis setelah mereka serang dan jajah al-Quds pada tahun 1967.

Ketika itu, ketua Rabbi rejim Zionis mengharamkan penganut Yahudi daripada melakukan upacara keagamaan di atas perkarangan masjid atas alasan bertkaitan langsung dengan ajaran agama mereka, di mana mereka bimbang penganut Yahudi ini akan mencemar tempat yang “paling mulia di atas segala kemuliaan” itu – kawasan yang dipercayai oleh Yahudi sebagai tapak sebuah kuil, namun lokasi sebenarnya tidak diketahui.

Tetapi Glick mengusulkan satu teori bahawa tempat paling mulia itu terletak betul-betul di bawah Kubah as-Sakhra.

Perang Dunia

Hari ini, pergerakan ini mendapat dukungan di peringkat tertinggi kerajaan Zionis. Tahun lalu, Menteri Perumahan Zionis Uri Ariel menyerus supaya sebuah kuil Yahudi di bina di atas tapak al- Aqsa.

“Kita telah membina banyak kuil-kuil kecil, kata Ariel, “tetapi kita perlu bina kuil yang sebenar di atas al-Aqsa.”

Pada tahun sebelumnya, Zevulun Orlev, seorang wakil rakyat dari parti Jewish Home yang ketika itu berkongsi kuasa memerintah negara haram itu, berkata bahawa tindakan meruntuhkan Kubah as-Sakhra dan Masjid al-Aqsa bagi membuna sebuah kuil akan menyebabkan dunia Islam melancarkan
perang.

Bagaimanapun, Orlev menambah, “setiap perkara yang berbentuk politikal adalah bersifat sementara dan tidak memberi kestabilan.”

“Akhirnya kita akan membina kuil dan ia kan menjadi tempat ibadah semua bangsa,” kata Glick kepada akhbar Maariv pada tahun 2012.

Tetapi sebagai langkah memberi ketenangan kepada bebrapa pihak, tambah beliau, “Masjid al-Aqsa dan Masjid Umar tidak perlu diruntuhkan. Mereka boleh dibiarkan di situ. Mungkin mereka akan menjadi sebahagian daripada kuil. Telah disuratkan bahawa Kuil itu adalah setinggi 50 meter. Masjid Umar adalah setinggi 25 meter. Ia akan ditenggelami di dalam kuil.”

Glick juga pernah menyampaikan satu tembual bertajuk “Dari Penghawa Dingin Hingga Kawasan Pakir, Mereka Merancang Kuil Dengan Penuh Lengkap.”

Hubungan dengan kerajaan adalah dua hala. Dalam kempen pilihanraya baru lalu, Glick telah dilantik untuk merangka pendirian parti Likud tentang Temple Mount.

Temple Mount Milik Kami

Pada bulan Februari 2012, Feiglin telah menerbitkan poster bagi mengumumkan untuk pergi naik ke perkarangan al-Aqsa, untuk “membersihkan kawasan itu daripada musuh negara Zionis.”

Poster tersebut meningkatkan kebimbangan dan ketegangan di kalangan penduduk Palesstin di kota itu, dan Feiglin menafikan dakwaan bahawa dia telah menerbitkan poster tersebut. Sebuah laman web digelar Har Habayit Shelanu [Temple Mount Adalah Hak Kami] – menerbitkan seruan yang sama.

Laman web tersebut menyatakan bahawa objektifnya adalah untuk meyahudikan Temple Mount dan membina Kuil Ketiga di atas Temple Mount, menyelamatkan Temple Mount daripada kejahatan pencurinya.”

Komander Polis Daerah al-Quds ketika itu, Nisso Shacham, mendakwa bahawa laman web Har Habayit Shelanu dikendalikan oleh Yehuda Glick dan seorang lagi aktivis, Nechemia Elboim.

Hasil provokasi ini, ratusan penduduk Palestin menjadikan diri mereka sebagao benteng di dalam Masjid al-Aqsa dan kemudiannya ditempur oleh tentera Zionis; sebahagiannya bertahan dengan membaling batu.

Ketegangan merebak ke kawasan lain, termasuklah satu tunjuk perasaan di sekatan Qalandiya di mana pemuda Palestin Talat Ramiya, 25 tahun, ditembak di bahagian dada dan dibunuh oleh tentera Zionis, atas alasan beliau membaling api ke arah tentera.

Mungkin ketegangan seperti inilah yang diimpikan oleh pertubuhan-pertubuhan pelampau Yahudi ini.

Glick dan Feiglin benar-benar menghimpit undang-undang dan adat di tempat yang sensitif ini, kata Dena Shunra, seorang pakar tentang rejim Zionis, “dengan harapan untuk membuat provokasi yang akan menghasilkan reaksi dari penduduk Palestin – yang akan mereka gunakan untuk mencapai matlamat mereka yang lebih besar, iaitu merampas kuasa ke atas kawasan tersebut dari Yayasan Wakaf dan meletakkan kuasa tersebut di tangan rejim Zionis.”

Contoh Yang Sangat Membimbangkan

Bagi mereka yang sangat yakin bahawa tindakan memusnahkan tempat suci umat Islam adalah suatu yang tidak mungkin akan berlaku, kita sudahpu nmempunyai contoh yang sangat membimbangkan dalam insiden meroboh Masjid Babri pada tahun 1992. Masjid yang dibina sejak kurun ke-16 di kota Ayodhya itu dimusnahkan oleh nasionalis Hindu.

Dalam kepercayaan Hindu, masjid tersebut telah dibina di atas kawasan sebuah kuil yang menandakan kelahiran tuhan Ram.

Ribuan telah terkorban dalam pertempuran dan insiden pembunuhan beramai-ramai, yang masih menghantui politik India sehingga ke hari ini.

Akibat daripada pemusnahan Masjid al-Aqsa mungkin akan membawa kesan yang jauh lebih besar.

Mengubah Status Quo

Kempen menentang penjajahan dan usaha merobohkan Masjid al-Aqsa oleh bangsa Palestin mungkin akanmenyaksikan Glisk menjadi sasaran. Jadi “Glick dibunuh oleh seorang Palestin” adalah suatu hipotesis yang sangat munasabah.

Tetapi siasatan yang tidak berat sebelah dan berfikiran terbuka – suatu yang seolah-olah tidak mampu dilakukan oleh pihak berkuasa Zionis – seharusnya mengambil kira kemungkinan bahawa serangan (yang tidak membunuh) Glick itu adalah sebahagian daripada perancangan “mulia” pendatang Yahudi untuk membawa sejarah ke hadapan.

Sejurus selepas tembakan itu berlaku, menteri-menteri rejim Zionis mula menuntut supaya status quo di Masjid al-Aqsa ditukar. Tentera Zionis, buat pertama kali sejak tahun 1967, menetup sepenuhnya masjid tersebut daripada dimasuki jemaah Muslimin.

“Saya berharap Glick akan pulih sepenuhnya,” kata Menteri Perumahan Uri Ariel. “Peluru yang ditembak (ke badan Glick) pada malam ini juga diarahkan kepada semua Yahudi yang hanya ingin melaksanakan kewajipan agama dan moral, untuk menziarahi tempat paling mulia bagi orang Yahudi dan untuk beribadah di Temple Mount.”

Ramai penduduk Palestin bimbang sekiranya selepas dibuka kelak, rejim Zionis akan mengambil kesempatan ini untuk mengenakan syarat atau situasi baharu atas nama keselamatan: pintu masuk yang berbeza atau kawasan khusus untuk Yahudi. Ini merupakan sebahagian daripada langkah awal untuk mengambil alih tempat tersebut.

Inilah yang telah dilakukan oleh rejim Zionis ke atas masjdi Ibrahimi di al-Khalil sejurus selepas pendatang Brooklyn, Baruch Goldstein, membunuh 29 orang jemaah Muslimin yang sedang sujud ketika bersolat Subuh pada tahun 1994.

Jika Zionis tidak berbuat seperti itu pada kali ini, mereka mungkin akan berbuat demikian dalam kesempatan yang akan datang.

Pelampau Yahudi, Yigal Amir, membunuh Perdana Menteri Yitzhak Rabin pada tahun 1995 kerana beliau bimbang kerajaan negara haram itu akan menyerahkan “tanah yang dijanjikan untuk Yahudi” itu kepada penduduk Palestin.

Jika tindakan membunuh pemimpin sendiri itu dilihat sebagai suatu yang boleh diterima, adakah lagi tindakan yang tidak boleh dilakukan untuk membina Kuil yang diimpikan itu?

Kita masih tidak tahu siapa yang sebenarnya menembak Yehuda Glick – mungkin seorang rakyat Palestin atau mungkin juga orang lain. Apa yang kita pasti adalah bahawa Glish dan sahabat- sahabatnya mempunyai perancangan yang dahsyat, dan sedang menanti dan berharap kepada satu keganasan besar untuk merealisasikan perancangan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts