Dichter: Bunuh semua penduduk Gaza

BAITULMAQDIS, 10 Dis 2018 — Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan Zionis, Avraham Dichter, menyebut bahawa tentera Zionis “mempunyai cukup peluru untuk membunuh semua penduduk Gaza.”

Dalam temubual oleh TV Hadashot tengahari tadi Dichter, 66, berkata tenteranya bersedia untuk menggunakan apa cara sekalipun, termasuk tindakan yang boleh membunuh, untuk menghalang penduduk Gaza yang menyertai perhimpunan Great Return March (GRM).

Dichter, seorang pemimpin kanan parti pemerintah Likud, adalah bekas Menteri Dalam Negeri dan pengarah badan perisikan Shin Bet.

Sementara itu Menteri Hal Ehwal Strategik Zionis, Gilad Erdan, berulang-ulang kali melabel peserta GRM sebagai “Nazi”. “Bilangan penduduk Palestin yang terbunuh [dalam demonstrasi GRM] tidak memberi sebarang makna kerana mereka hanyalah seperti Nazi.”

Lebih 50,000 penduduk Gaza mengadakan demonstrasi Great Return March (GRM) di 12 lokasi di sepanjang sempadan Gaza.

(DOP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts