Doktor Zionis tekan tahanan Palestin supaya henti mogok lapar

RAMALLAH, 5 Dis 2016 (PIC) — Pasukan doktor Zionis di Hospital Assaf Harofeh mengenakan tekanan ke atas tahanan Ahmad Abu Farah, 29, dan Anas Shadid, 19, supaya mereka menghentikan mogok lapar yang berlarutan sejak 72 hari lalu.

Tahanan Anas kini dipindahkan ke sebuah wad yang sesak dengan pesakit yang meraung-raung sepanjang masa bagi memberi tekanan ke atas beliau supaya tidak dapat berehat atau tidur. Beliau kini sangat lemah untuk bergerak serta tidak dapat bercakap dan melihat, dan tidak lagi dapat mengenali orang yang melawat beliau kerana lemah ingatan.

Ahmad dan Anas ditahan dari rumah mereka di al-Khalil pada 2 Ogos 2016 dan dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan, menyebabkan mereka melancar mogok lapar pada 25 September 2016.

Ahmad yang berasal dari bandar Surif di al-Khalil berkahwin kurang setahun lalu dan pernah merengkok dalam penjara Zionis selama dua tahun. Manakala Anas yang masih bujang beraal dari Dura di al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts