Dron tentera Zionis serang utara dan timur Gaza

GAZA, 26 Jun 2018 — Pesawat-pesawat dron tentera udara Zionis hari ini menyerang empat lokasi dalam wilayah Gaza berdekatan kawasan sempadan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sebanyak tiga tembakan roket dilancarkan ke arah sekumpulan penduduk Palestin di timur kejiranan al-Shujaiya, sementara satu lagi roket menyasar sebuah jip di timur kejiranan al-Tufah di timur Gaza.

Dalam serangan ketiga, pesawat Zionis menyasarkan kawasan timur Gaza dan satu serangan lagi di kawasan utara.

Kenyataan tentera Zionis mendakwa serangan tersebut menyasar penduduk Palestin yang cuba menerbangkan layang-layang dan belon ke kawasan penempatan haram Yahudi.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts