Dua askar Zionis cedera dirempuh

NABLUS, 2 Sep 2020 — Dua askar Zionis cedera ringan selepas dirempuh dengan sebuah kenderaan yang dipandu oleh pemuda Palestin di sekatan Za’atara di selatan kota Nablus, di utara Tebing Barat.

Pemandu tersebut pula cedera parah ditembak oleh pasukan tentera yang berkejar ke lokasi. Mangsa dikatakan cuba keluar dari kenderaannya dengan membawa sebilah pisau, menuju ke arah pegawai tentera yang tercedera.

Susulan insiden, pasukan tentera dan polis Zionis dikerah ke jalan-jalan berdekatan bagi menyekat pergerakan serta memeriksa penduduk Palestin dan kenderaan mereka.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts