Dua Beradik Diculik Disyaki Membawa Pisau

AL-KHALIL, 27 Okt 2015 (PNN) — Tentera Zionis secara ganas menyerang dan menculik dua beradik perempuan Palestin di Al-Khalil, mendakwa mereka membawa pisau.

Imam Masjid Ibrahimi, Munther Abu Al-Feelat, dalam kenyataannya mendakwa dua beradik tersebut, Nour dan Jihan Erekat, sedang melintasi kawasan hadapan masjid apabila beberapa orang askar Zionis mengarahkan supaya mereka berhenti untuk diperiksa, tetapi mereka enggan.

Dua penjaga masjid, Salah Al-Ja’bari, 52 tahun dan Jehad Al-Ja’bari, 30 tahun, cuba menghalang tentera daripada menembak mangsa. Namun mereka ditangkap atas tuduhan cuba melindungi mangsa.

Setelah itu, tentera mula memukul mangsa sehingga patah kaki dan tangan. Mereka kemudiannya diikat dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts