Dua Syahid Dalam Serangan Israel di Utara Gaza

Gaza, 18/01/2012- Sumber Perubatan Palestin melaporkan bahawa seramai dua orang warga Palestin terbunuh akibat serangan empat buah peluru berpandu dan beberapa tembakan daripada Helipkoter Apache milik Israel ke atas sekumpulan pengembala kambing di sebuah daerah.

Jurucakap  bagi pihak Ambulans dan Kecemasan, Adham Abu Salmiah telah menyatakan bahawa setibanya jenazah As-Syahid Muhammad Syakir A’udah (23 tahun) dan As-Syahid Ahmad Khalid Az-Za’anin (17 tahun)  di Hospital Kamal Adwan, salah seorang dari mereka berdua meninggal dunia disebabkan kecederaan yang kritikal.

Menurut wartawan kami, tembakan dari tentera Israel yang telah disasarkan ke atas kawasan itu telah menggunakan sebanyak lima bom berbentuk kuneiform melalui pesawat Israel jenis Apache dan F16. Dikatakan juga pesawat mereka terbang rendah di sekitar tugu peringatan di situ semasa serangan dilakukan.

 

Diterjemahkan oleh Mohd Mukhlis bin Mohd Nasri
Sumber: paltimes.net 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts