Dunia Islam kehilangan pembela gigih Palestin

KARACHI, 20 Jun 2018 — Dunia Islam kehilangan seorang lagi tokoh yang gigih membela dan memperjuang pembebasan Palestin apabila Muzaffar Hashmi meninggal dunia di Karachi, Pakistan, hari ini akibat serangan sakit jantung.

Tokoh politik veteran yang dermawan itu merupakan presiden Yayasan Palestin. Beliau dilahirkan di Indore, daerah sebelum pemisahan India dan Pakistan, pada tahun 1938. Muzaffar mendapat pendidikan awal di Lucknow, dan kemudian menuntut di Darul Uloom Nadwatul Ulema.

Muzaffar, 80, juga merupakan naib presiden Jamaat-e-Islami cawangan Karachi dan pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen pada tahun 1985 dan 1993. Beliau kekal menjadi seorang ahli Jawatankuasa parlimen Kashmir.

Muzaffar adalah seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah kepada The Quds Foundation di Beirut, di mana beliau gigih membawa isu Palestin di arena antarabangsa.

Beliau turut berkhidmat di bahagian Hubungan Luar Jamaat-e-Islami, serta menjadi ahli jawatankuasa editorial berbagai majalah dan terbitan berkala yang memperjuangkan pembebasan Palestin dan Kashmir.

Bapanya Maulana Rafi Hashmi merupakan seorang ulamak dan pembantu rapat pengasas Jamaat-e-Islami, Maulana Abul Aala Maudoodi. Maulana Rafi menubuh Jamaat-e-Islami cawangan Pakistan Timur – sekarang ini Bangladesh – atas arahan Maulana Maudoodi.

Muzaffar akan dikenang kerana khidmatnya yang tidak tertanding untuk Palestin. Semoga Allah merahmati roh beliau.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts