Duta Amerika: Baitulmaqdis menjadi ibukota sejak 3,000 tahun lalu

BAITULMAQDIS, 5 Sep 2018 — Duta Amerika Syarikat ke negara haram Zionis, David Friedman, memuji langkah Presiden Donald Trump memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitulmaqdis sambil mendakwa bahawa kota suci itu telah menjadi ibukota “Israel” sekitar 3,000 tahun lalu.

Ketika berucap di majlis keraian Rosh Hashanan di kediamannya di Herzliya, Friedman berkata, “Amerika Syarikat tidak menjadikan Jerusalem [Baitulmaqdis] sebagai ibukota ‘Israel’. Ia telah diisytiharkan oleh King David [Nabi Dawoud] kira-kira 3,000 tahun lalu atas arahan Tuhan.”

Beliau menambah, “Bangsa yang paling berkuasa dan bermoral di atas muka bumi telah membuat pengisytiharan keutamaan Jerusalem kepada negara ‘Israel’ dan kaum Yahudi.”

Friedman juga mendakwa bahawa bantuan bernilai lebih 10 bilion Dollar yang disalurkan oleh Amerika kepada Palestin sejak tahun 1994 tidak sedikitpun membawa keamanan di kawasan tersebut.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts