Ekstrimis Yahudi Giatkan Usaha Menggagalkan Konvoi LL4G

23 Mei – Sumber dari Israel melaporkan bahawa dua buah kapal Israel akan berlayar pada hari Sabtu (22/5) dari wilayah Israel utara untuk menggagalkan perjalanan LineLine For Gaza (LL4G) yang akan membawa lebih dari 600 aktivis LLG4 dan bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza.

Akhbar Israel Yedioth Aharonoth melaporkan bahawa dua buah kapal Israel akan berlayar mengibarkan sepanduk yang bertuliskan Hamas sebagai kelompok teroris dan kecaman atas penglibatan Turki dalam armada kapal solidarity terbesar.

Akhbar Israel itu juga mengatakan bahawa Israel akan berlayar untuk melawan konvoi solidarity LL4G dan berusaha untuk menggagalkan misi mereka masuk ke Gaza.

Selain itu, Israel memutuskan untuk menyatakan daerah Asdod Port sebagai zon ketenteraan tertutup untuk mencegah armada LL4G melalui perairan Gaza, lapor Maan News Agency.

Dijangka kapal-kapal  LL4G akan membawa sekitar 10000 ton bahan bangunan, bantuan kemanusiaan, perlengkapan sekolah, dan peralatan medikal.

Kapal-kapal Israel, akan mengkonter armada Free Gaza, yang akan berlayar pada hari Sabtu dengan tujuan untuk menghambat dan menggagalkan para aktivis perdamaian masuk ke jalur Gaza. (fq/imemc)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts