Empat kampung bersejarah Palestin dihapus bagi memberi laluan kepada penempatan haram Yahudi

SALFIT, 30 Mei 2016 (PIC) — Empat perkampungan purba Palestin yang penuh dengan sejarah menjadi mangsa kepada agenda pembinaan penempatan haram Yahudi.

Perkampungan arkeologi Deir Kalaa dan Deir Samaan di bandar Deir Ballout ranap diratakan dengan buldozer tentera Zionis, manakala perkampungan Mughr al-Sahms di bandar Brukin kini dikelilingi oleh kilang-kilang penempatan haram Ariel, bagi memisahkan kawasan tersebut dari masyarakat Palestin.

Sementara itu perkampungan Khirbet al-Shajara di Salfit kini terpisah sama sekali dari bandar-bandar berdekatan oleh Tembok Pemisah. Penduduk asal Palestin di situ kini tidak dapat lagi memasuki kawasan sumber air dan tanah subur yang diusahakan oleh nenek moyang mereka sejak ribuan tahun lalu.

Beberapa tapak bersejarah di mana terdapat ukiran-ukiran batu dan kebun zaitun purba kini ranap musnah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts