Empat nelayan Gaza diculik, bot dirampas

GAZA, 28 Jan 2016 (PIC) — Tentera laut Zionis semalam melepaskan tembakan mesingan ke arah beberapa buah bot nelayan Gaza di perairan al-Sudaniyya di utara Gaza. Empat nelayan diculik, semuanya dari keluarga Bakr, dan bot mereka di rampas.

Serangan tersebut merupakan satu lagi episod dalam siri pencabulan persefahaman damai yang mereka tandatangani di Kaherah pada 26 Ogos lalu, pasca serangan yang mengorbankan lebih 2,300 penduduk Gaza.

71 nelayan Gaza telah ditangkap dan 22 buah bot dirampas sepanjang tahun 2015.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts