Entiti Israel adalah Entiti Syaitan – Mantan Ketua Parlimen Israel

datafiles_cache_tempimgs_2009_1_burg_300_0Al-Quds  – Mantan Ketua Parlimen Knesset (Israel), Avraham Burg mengumpamakan entiti Israel dengan entiti “syaitan” kerana mengamalkan sikap fasisme. Ia mengkritik ideologi Israel yang sangat perkauman.

Dalam diskusi bertajuk “Kekhuaatiran dan sikap serta kesan konflik di wilayah” yang diselenggarakan oleh Lembaga Israel “Sikui”, sebuah lembaga awam Israel yang didirikanpada  tahun 1991 untuk mewujudkan kesetaraan penuh antara warga Palestin dan warga Yahudi. Program telah dijalankan pada hari Sabtu yang lalu (20/6). Beliau menyampaiakan kritikan pedas terhadap kebijakan Israel dan ideologinya yang disebutnya sebagai perkauman. Akibat dari penyampaian beliau, para peserta yang hadir marah dan memaksanya keluar dari tempat program.

Burq mengingatkan bahawa dakwaan yang mengatakan bahawa segala sesuatu indah tidak menutupi pandangan yang sebenarnya; yakni bahawa 30 % perusahaan senjata di dunia adalah milik Yahudi, 10 % nya adalah warga Israel. “Ini adalah sebahagian dari pekerjaan syaitan Israel”, tegas Burg. (bn-bsyr/pic/fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts