Erdogan: Tidak akan ada pendamaian melainkan Israel meminta maaf

Istanbul, Ahad 24 Julai — Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan dalam kenyataannya semalam menegaskan bahawa Ankara tidak akan sama sekali akan berdamai dengan Israel selagi mana negara zionis itu tidak meminta maaf atas serangan brutalnya terhadap Freedom Flotilla pada tahun lalu, dan menghapuskan embargonya ke atas Gaza.

PIC melaporkan Erdogan sebagai menyebut, “selagi mana Israel tidak meminta maaf kepada Turki, membayar wang pampasan kepada keluarga mangsa yang mereka bunuh dan menghentikan sekatan ke atas Gaza, maka pendamaian adalah tidak masuk akal bagi kami.” Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan dengan duta-duta Palestin yang turut hadiri oleh Presiden Mahmoud Abbas.

Erdogan menuduh Israel berkelakuan biadap dalam pembunuhan beramai-ramai dan menembak dari belakang sembilan aktivis Turki yang tidak bersenjata itu, semasa komando-komando zionis menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla yang sedang belayar menuju ke Gaza dalam usaha menamatkan embargo zalim Israel ke atas Gaza pada bulan Mei 2010.

Akibat serangan yang berlaku di perairan antarabangsa itu, kerajaan Turki telah memanggil pulang duta mereka di Tel Aviv dan memberi amaran bahawa hubungan Turki – Israel “tidak akan sama lagi”.

9 aktivis kemanusiaan yang dibunuh oleh tentera zionis

 

Pada hari Khamis lalu, Menteri Hal Ehwal Strategi Zionis, Moshe Yaalon berkeras bahawa Israel tidak akan mengambil tanggungjawab di atas kematian itu. “Kami masih tidak bersedia lagi untuk meminta maaf kerana dengan meminta maaf bermaksud menggambil tanggungjawab,” katanya kepada media. Beliau menegaskan Israel tidak akan meminta maaf secara rasmi dan tidak akan memberi sebarang wang pampasan kepada ahli keluarga mereka yang terlibat dalam serangan tahun lalu.

Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu(PBB) dijangka akan mengeluarkan laporan penyiasatannya terhadap serangan di perairan antarabangsa Laut Mediterranean itu dalam masa terdekat.

———–
Sumber: PIC
Pelapor: Ameen Misran

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts