Eropah Tolak Rayuan Netanyahu Supaya Mencontohi Trump

BRUSSELS, 12 Dis 2017 — Menteri-Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) dengan tegas menolak rayuan Benjamin Netanyahu supaya mereka mencontohi tindakan Presiden Amerika Donald Trump mengiktiraf kota al-Quds sebagai ibukota negara haram Zionis.

Bangkangan tersebut dibuat oleh negara-negara merentasi seluruh Eropah ketika pemimpin Zionis itu melakukan lawatan ke EU, yang merupakan lawatan pertama kali pernah dibuat oleh pemimpin Zionis dalam tempoh 22 tahun.

Bahkan sekutu rapat Zionis, Republik Czech, menyatakan bahawa tindakan Trump adalah suatu yang merosakkan usaha rundingan damai. Menteri Luar Czech, Lubomir Zaoralek, Isnin lalu berkata tindakan unilateral Trump itu tidak membantu sesiapa pun. Manakala Perancis berpendapat bahawa status kota al-Quds hanya dapat diputuskan dalam rundingan akhir kedua-dua pihak Zionis dan Palestin.

Selepas pertemuan di antara Netanyahu dan Menteri-Menteri Luar EU di Brussels, Menteri Luat Sweden Margot Wallstrom mengumumkan bahawa tidak ada negera Eropah yang menyokong tindakan Trump, dan mereka juga tidak akan memindahkan pejabat kedutaan ke kota al-Quds.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts