BAITULMAQDIS, 11 Feb 2019 — Pasukan polis penjajah Zionis mengiringi 53 fanatik pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Mereka berarak di atas tapak suci umat Islam itu sambil mendengar syarahan tentang Kuil Yahudi yang kononnya pernah berdiri di situ.

Pada masa yang sama, para jemaah disekat di pintu-pintu masuk utama. Sebahagian daripada mereka terpaksa menyerahkan kad pengenalan sebagai syarat dibenarkan masuk.

(PIC)

SHARE