Fanatik Yahudi Ceroboh Masuk Kompleks Al-Aqsa

KOTA BAITUL MAQDIS, 5 Sep 2021 — Sekurang-kurangnya 144 fanatik pendatang Yahudi menceroboh masuk kompleks Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Kenyataan Jabatan Wakaf Kota Suci Baitul Maqdis menyebut para penceroboh diiring masuk oleh pasukan polis yang lengkap bersenjata melalui Pintu al-Maghareba di barat daya tapak suci umat Islam itu.

Perjanjian antara rejim Zionis dan Raja Jordan pada 26 Oktober 1994 meletakkan kompleks al-Aqsa di bawah naungan Jabatan Wakaf sepenuhnya. Bagaimanapun tentera dan polis Zionis secara berterusan mengawal fanatik Yahudi menceroboh masuk tapak suci itu sejak tahun 2003, setelah membuat keputusan secara sebelah pihak. Tindakan ini sekaligus mencabul kedaulatan tapak suci.

Pada 23 Mei lalu, lebih 250 fanatik Yahudi menceroboh masuk kompleks Masjid al-Aqsa buat pertama kali setelah terhenti selama tiga minggu. Sebelumnya bermula 4 Mei, rejim Zionis dikejutkan dengan bantahan daripada penduduk dan pasukan-pasukan mujahidin Palestin, termasuk serangan roket dari Gaza. Susulan kejadian, polis Zionis tidak membenarkan Yahudi menceroboh masuk.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts