Fatwa haramkan penduduk Palestin sertai pilihanraya majlis tempatan Zionis

BAITULMAQDIS, 30 Julai 2018 — Majlis Tertinggi Ifta yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di Baitulmaqdis mengeluarkan fatwa mengharamkan penduduk Palestin menyertai pilihanraya majlis tempatan Zionis di kota Baitulmaqdis, samada sebagai calon mahupun pengundi.

Kenyataan majlis tersebut menyebut bahawa penyertaan dalam pilihanraya itu sejak Baitulmaqdis mula dijajah pada tahun 1967 merupakan usaha rejim penjajah mendapatkan pengiktirafan penduduk Palestin ke atas kedaulatan Zionis di kota suci itu.

Sedangkan penduduk Palestin di Baitulmaqdis tidak diberikan perkhidmatan, tidak diberi kebenaran membina bangunan, dikenakan cukai yang terlalu tinggi, bahkan dirobohkan rumah dan dirampas tanah mereka.

Fatwa tersebut turut menekankan bahawa berdasarkan pengalaman selama ini, anggapan penduduk Palestin bahawa penyertaan dalam pilihanraya dapat menjaga dan mempertahan kepentingan kota suci adalah jelas tersasar. Majlis tempatan Zionis mengamalkan diskriminasi dalam memberi perkhidmatan dan hak di antara penduduk Yahudi dan Arab Palestin.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts