Feiglin Ceroboh Al-Aqsa Bersama Pendatang Yahudi

feiglin-qAL-QUDS, 14 Sept 2014 (PNN) — Timbalan Speaker parlimen kerajaan Zionis, Moshe Feiglin, bersama 16 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa awal pagi tadi. Mereka masuk melalui pintu Hughrabi dengan dikawal oleh tentera Zionis.

Pengarah media bagi Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa, Mahmoud Abu Atta, dalam kenyataannya menyebut bahawa Feiglin meninjau ke beberapa bahagian di perkarangan masjid al-Aqsa sebelum menuju ke kawasan Kubah As Sakhra dan berada di situ untuk beberapa ketika.

Feiglin dilaporkan menyampaikan syarahan kepada pendatang terbabit dan melakukan beberapa upacara ritual keagamaan mereka dalam keadaan dikelilingi oleh tentera.

Sejak awal pagi, tentera Zionis menghalang wanita Palestin daripada memasuki kawasan masjid dan hanya membenarkan lelaki berumur lebih 50 tahun untuk masuk.

feiglin-2

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts