[Foto] 1.3 juta pelajar Palestin mula sesi persekolahan baharu

RAMALLAH, 29 Ogos 2018 — Kira-kira 1.3 juta pelajar Palestin memulakan sesi persekolahan baharu hari ini, di mana 830,000 daripada mereka menuntut di sekolah-sekolah kerajaan manakala sekitar 100,000 lagi di sekolah-sekolah kendalian UNRWA.

Sebahagian daripada mereka menuntut di sekolah-sekolah yang ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Palestin di Qatar, Romania dan Bulgaria, yang dibuka untuk masyarakat Palestin di negara-negara terbabit.

Bilangan sekolah di Palestin adalah 3,030 buah. Sebanyak 2,212 daripadanya sekolah kerajaan termasuk 1,811 buah di Tebing Barat dan 401 lagi di Gaza. Terdapat 451 buah sekolah swasta, termasuk 389 buah di Tebing Barat.

Sementara UNRWA mengendali 277 buah sekolah dan 1,945 pusat asuhan atau tadika di seluruh Palestin. Arab Saudi dan Jepun menyumbang kepada sebahagian besar dana untuk sekolah-sekolah UNRWA.

Dalam pada itu, lebih 300 kanak-kanak Palestin termasuk tiga perempuan tidak dapat meneruskan persekolahan kerana dikurung dalam penjara Zionis.

(IMEMC, Alray, MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts