[Foto] 18 penduduk Tebing Barat ditangkap

BEIT LAHM, 21 Julai 2016 (Maan) — Tentera Zionis menangkap sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin di Tebing Barat dalam operasi sebelum waktu Subuh tadi.

Di kawasan Beit Lahm, pemuda Murad Muhammad Jaddal, 33, dari Jabal al-Furdeis ditangkap ketika cuba melintas sekatan tentera di bandar Tuqqu. Dua yang lain ditangkap di Beit Lahm atas tuduhan menjadi operatif Hamas.

Sekurang-kurangnya 13 lagi penduduk Palestin termasuk petugas perkhidmatan keselamatan ditangkap di perkampungan Kafr Qalil di wilayah Nablus, setelah tentera penjajah menggeledah rumah penduduk.

Tentera Zionis turut menggeledah rumah seorang pegawai polis Palestin, Ihab Joseph Abed al-Latif Mansour.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts