[Foto] 2 peniaga Palestin dipaksa roboh kedai mereka di al-Quds

AL-QUDS, 14 Nov 2016 (Maan) — Polis Zionis memaksa dua orang peniaga Palestin di al-Quds meroboh sendiri bangunan kedai mereka di kejiranan Beit Hanina, atas arahan pihak perbandaran Zionis.

Arahan tersebut atas alasan tidak mempunyai permit pembinaan, sungguhpun kedua-dua bangunan itu telah dibina sejak 10 tahun lalu.

Nidal Ghaith dan Muhammad al-Najjar mengesahkan bahawa beliau terpaksa meroboh bangunan kedainya apabila diugut dengan denda yang melampau.

Lebih 15 penduduk Palestin yang menyara keperluan 100 ahli keluarga mereka di al-Quds kehilangan sumber pendapatan utama akibat kejadian ini.

Empat daripada lima orang penduduk Palestin di al-Quds hidup di bawah paras kemiskinan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts